Oleh: Saiburi Sudin
Dari
aspek kebebasan media dunia, Malaysia menduduki tangga tercorot. Semua
media utama di Malaysia masih dikongkong BN. Kongkongan ala komunis ini
dibuat bagi menyekat maklumat sampai kepada rakyat.
Bagaimanapun BN agak cerdik kerana memberi permit kepada Harakah dan Roket yang mewakili suara pembangkang, itu pun terhad untuk ahli sahaja. Apabila ada pihak yang pertikai kebebasan akhbar di
Bagaimanapun BN agak cerdik kerana memberi permit kepada Harakah dan Roket yang mewakili suara pembangkang, itu pun terhad untuk ahli sahaja. Apabila ada pihak yang pertikai kebebasan akhbar di
Malaysia
mereka akan berkata, "kalau tiada kebebasan akhbar macam mana Harakah
dan Roket diberi permit?" Walhal semua media elektronik dan
akhbar-akhbar utama tidak dibenarkan memberi ruang kepada pembangkang,
jika mereka degil permit akan ditarik serta-merta!
Media-media
utama tersebut bukan setakat dipaksa sokong BN tapi diprojekkan dengan
propaganda BN. Menjelang pilihanraya, semua media tersebut menjalankan
propaganda mengikut arahan khas dari pihak atas, yang dipercayai dengan
nasihat perunding mereka iaitu Yahudi APCO. (Sebelum APCO penasihat
mereka ialah Sathi & Sathee juga sebuah perunding Yahudi).
Berikut adalah penekanan khas yang diberi oleh media setiap kali akan berlangsung pilihanraya (ia berlaku sejak 1990):
1. Membangkitkan isu Hudud dan negara Islam kerana merasai peluang terbaik menampakkan kononnya perbezaan PAS-DAP
2. Ahli
parti pembangkang keluar beramai-ramai untuk sertai parti komponen BN.
Misalnya beribu ahli PAS masuk UMNO, yang sebenarnya ialah 'UMNO masuk
UMNO'
3. Menggambarkan
berlaku keretakan dalam pakatan pihak lawan BN dengan menonjolkan
perbezaan pandangan. Jika ianya tidak berlaku maka mereka akan
mengada-adakan cerita bohong dan fitnah mengenai 'perkelahian' yang
wujud
4. Serangan
bertalu-talu untuk isu tertentu yang difokuskan mereka. Misalnya sejak
1990... PAS kerjasama dengan DAP, PAS gugur negara Islam, PAS nak lelong
Putrajaya, Tuhan 'mencarut', buku Shit karya Shahnon Ahmad dll. Yang
terbaru isu Mat Sabu sokong Mat Indera. Modus operandi mereka sama
sahaja iaitu mengasak bertalu-talu dengan kekuatan media yang mereka
miliki.
5. Menampilkan
imej PM disokong ramai rakyat dengan menyiarkan Najib diserbu rakyat
dalam suasana berhimpit-himpit. Walhal itu semua cuma lakonan yang
dibuat di tempat agak sempit (bagi menampakkan kesesakan) dan
menggunakan teknik focus dan cropping
6. Peruntukan, pemberian atau sumbangan yang banyak oleh pemimpin BN di mana-mana
7. Imej
positif PM difokuskan dalam pelbagai situasi, misalnya naik bas, naik
keretapi, naik basikal, makan bersila, masuk masjid, masuk pasar dll.
8. Menimbulkan
ancaman dan ketakutan di kalangan rakyat. Misalnya PR menang DAP (Cina)
berkuasa, PR menang negara huru hara, PR bawa ideology komunis, PR
menang kuasa asing akan menjajah dll.
9. Berikut adalah istilah/frasa wajib yang digunakan oleh media BN untuk pembangkang menjelang pilihanraya:
a) Terdesak
b) Hilang sokongan
c) Celaru
d) Ketandusan isu
e) Mengalih isu
f) Menutup kelemahan
g) Menyebarkan dakyah
h) Menyemai kebencian
i) Kepentingan politik
j) Memperalatkan
k) Berdolak-dalik
l) Propaganda
m) Permainan politik
n) Sandiwara
o) Cuba mengkaburi
(Cuba baca mana2 akhbar BN hari ini... istilah di atas wajib ada dalam ayat yang digunakan)
10. Laporan
bohong dan fitnah mengenai pembangkang, mengulang-ulang pembohongan itu
dan memanjangkan komentar terhadap pembohongan tersebut bagi
menampakkan seolah-olah ia benar, sesuai dengan prinsip Joseph Gobbels
(Menteri Penerangan kerajaan Hitler) iaitu 'bohong yang diulang-ulang
akan dipercayai orang akhirnya'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA