KUALA LUMPUR, 25 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".
Ia
kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan
antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui
pendirian Umno.
"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.
"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.
Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.
"Sejak
berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan
pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk
menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.
"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.
"Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.
Mohamad
menegaskan, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan
harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno
dan BN semakin berbalah sesama sendiri.
"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.
"Bukan
setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan
gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana
pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan
menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap
serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi
sejarah," kata beliau.
Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.
Mohamad
seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba
memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat
kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan
Najib kerana pendakwaan itu".
"Malang Dr Mahathir, nak perli saya, Najib yang orang nampak tidak cerdik," kata Mohamad. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA