MARANG, 19 Sept: Ahli PAS di segenap peringkat diingatkan agar tidak menjadikan habuan dunia sebagai matlamat perjuangan.
Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata,
ianya termasuk berkerja semata-mata untuk menjadi calon dalam
pilihanraya.
“Kita dalam PAS ini kena berjuang kerana Allah SWT dan bukan kerana hendak jadi calon.
"Kita kena sanggup berkorban dengan apa sahaja baik dalam keadaan
murah atau mahal,” tegasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Manir.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ijtima’ Pilihan Raya PAS Kawasan Marang, di Masjid Rusila, baru-baru ini.
Berucap lanjut beliau berkata, setiap ahli PAS perlu sentiasa memperbetul niat dan mentapkan pendirian dalam perjuangan Islam.
Apa yang lebih penting katanya adalah usaha memenangkan perjuangan Islam berbanding matlamat bersifat peribadi.
“Dalam kita (PAS) menghadapi musuh, musuh pilihan raya kita, musuh
politik kita dan musuh dalam perjuangan kita ini, kita kena tetap
pendirian dalam apa keadaan sekali pun menghadapi perjuangan.
“Kena ingat kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya. Selain itu, kerja
dengan cara berorganisasi yang tersusun akan membantu mempercepatkan
kemenangan PAS,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut mengingatkan bahawa musuh-musuh Islam pada waktu ini lebih ramai dan ‘senjata’ mereka lebih canggih.
Tetapi, katanya musuh-musuh Islam banyak melakukan maksiat serta kezaliman yang tidak wajar dilakukan oleh pejuang Islam.
“Musuh lebih ramai dari kita, ‘senjata’ (propaganda) musuh lebih canggih dari kita tetapi musuh melakukan maksiat.
“Kita (PAS) jangan melakukan maksiat seperti musuh. Jangan langgar
perintah Allah SWT khususnya dalam menghadapi musuh,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali,
Timbalan Yang Dipertua PAS Marang, Ahmad Ma’aruf Ismail dan Setiausaha
PAS Marang, Hasan Jusoh. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA