KUALA LUMPUR, 29 Sept:
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah
Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan
tragedi Bukit Kepong.
Peguam Hanipa Maidin berkata, anak guamnya
dimaklumkan oleh pihak polis bahyawa beliau akan didakwa di bawah
Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi, lapor Malaysiakini.
Utusan
Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam
ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar
dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".
Ucapan itu
mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya
pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada
negara ini pernah dijajah.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.
"Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS.
Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali.
Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
“Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena…bila
hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis
itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang
kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu
ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit
Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British,
sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem
yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal
Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum
gantung di Jail Taiping …. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA