Selamat Datang

Ahad, 31 Mac 2013

500 anak muda sertai Konvoi Gelombang Tolak

Harakahdaily, 31 Mac 2013


SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.


Di Dengkil, Tolak  akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.

Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

Gambar berbicara: Melayu N Sembilan tolak Umno/BN

Omak Kau, 31 Mac 2013





Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.

Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Jumaat, 29 Mac 2013

Bagan Datoh: Sokongan Cina dari 30 ke 70 peratus

Muhammad Faizal, 29 Mac 2013
BAGAN DATOH: PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dengan peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan juga kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki ketika ditemui memberitahu bukan sahaja peningkatan sokongan yang diberikan oleh kaum Cina tetapi sokongan turut diberikan oleh kaum India.

"Sokongan rakyat begitu baik sekali terutamanya pengundi bukan Melayu dari kaum Cina, kalau 2008 kita hanya mendapat sokongan 20 hingga 30 peratus tetapi sekarang telah melonjak sehingga 60 hingga 70 peratus dan ini sangat membanggakan.

"Masyarakat India begitu juga, saya yakin dlm pilihanraya akan datang selain kerusi parlimen kita akan dapat mengambil kedua-dua kerusi yang ada di dalam Perliman Bagan Datoh," kata beliau kepada Harakahdaily sewaktu program jelajah Negara Berkebajikan di parlimen tersebut.

Fokus PRU13: Parlimen Arau dalam genggaman PAS

Salmiyah Harun, 29 Mac 2013
ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal.

Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang.

Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.

Najib takut bubar kerana tekanan dalaman Umno?

Harakahdaily, 29 Mac 2013



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal bertemu dengan tarikh untuk membubarkan parlimen setelah satu setengah tahun sebenarnya adalah kerana tekanan dalam Umno.

Sebenarnya, Najib dah ada tarikh bubar sejak 2011 yang boleh membawa kemenangan kepada BN.

Tapi mengapa Najib masih tidak bubar sehingga kini?

Ini kerana beliau sedang menunggu tarikh bubar yang membolehkan BN menang dan isteri beliau Datin Rosmah Mansor boleh kekal sebagai isteri Perdana Menteri.

Bagi Najib, untuk beliau mengekalkan kerusi Presiden Umno, beliau harus lebih cemerlang daripada Tun Abdullah Badawi, iaitu membawa BN kembali ke zaman menguasai 2/3 parlimen seperti dulu.

Khamis, 28 Mac 2013

30 polis dan JPJ tahan treler PAS


Muhammad Faizal, 28 Mac 2013

(Polis dan JPJ menahan treler PAS)

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.

Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa

Ahad, 24 Mac 2013

Samseng simbah cat pada pelancaran manifesto PR

Bashir Ishak, 23 Mac 2013


KANGAR: Budaya samseng menyimbah cat kini sudah menular ke Perlis apabila beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan semasa program ceramah dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Perlis malam tadi telah disimbah cat. (Gambar)

Kejadian dipercayai berlaku di antara jam 10.30 malam hingga 11.00 malam itu disedari oleh petugas Jabatan Amal yang meronda di sekitar kawasan program yang diadakan di Dataran Restoran Anjung Keli, Behor Pulai dekat sini.

Khamis, 21 Mac 2013

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

Salmiyah Harun, 21 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

Selasa, 19 Mac 2013

Puluhan ribu hadir ceramah DAP, Umno Johor ketar lutut

http://omakkau.blogspot.com, 19 Mac 2013

BUKTI BERGAMBAR KEHADIRAN PULUHAN RIBU RAKYAT CERAMAH JOM UBAH DAP DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR, BUAT NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO JOHOR KETAR KEPALA LUTUT KETAKUTAN!!!!!!

Jumaat, 15 Mac 2013

Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN

Harakahdaily, 15 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Pandangan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.

Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

Beliau menyatakan demikian di dalam blognya semalam, sebagaimana di bawah.

Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta

Anis Nazri, 14 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.

"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selasa, 5 Mac 2013

Siapa yang main poltik dengan isu keselamatan

Mohamed Hanipa Maidin, 05 Mac 2013
Satu budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya, mendapati wujudnya mana -mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip seperti berikut. Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin tersebut selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno. Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.

Itulah yang terjadi pada Haji Mohd Sabu di dalam isu Bukit Kepong. Utusan dan TV3 serang beliau lebih kurang 20 hari diikuti dengan 1,000 lebih laporan polis ke atas beliau,  dipanggil polis untuk disoalsiasat dan akhirnya didakwa di mahkamah. Nurul Izzah juga diganggu dengan modus operandi yang sama kecuali beliau tidak didakwa seperti Mohd Sabu.

PAS tetap istiqamah dengan Islam

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 05 Mac 2013
Saya membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah perjuangan kemerdekaan. Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan lain-lain. Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata! Nampaknya beliau berdepan dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails