Muhammad Faizal, | 03 Dis 2012 |
Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Qatrun Nada turut hadir.
Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut.
Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah.
"Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah," jelasnya.
Beliau berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah.
"Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur, sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti.
"Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihanraya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia," sambung beliau.
Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November yang lalu namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA