Selamat Datang

Selasa, 20 November 2012

Israel adalah negara pengganas - Erdoğan

Terjemahan Mohamad Yahya, 20 Nov 2012
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010.
Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.


"Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul.

"Atas sebab ini, saya mengatakan bahawa Israel adalah negara pengganas, dan tindakan mereka adalah perbuatan pengganas," katanya.

Hubungan antara Israel dan Turki, yang pernah menjadi satu-satunya sekutu negara Islam Israel, gagal selepas marin Israel menyerang sebuah kapal bantuan pada tahun 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut ke atas Palestin-Gaza. Sembilan warga Turki terbunuh dalam pertempuran dengan aktivis di atas kapal tersebut.

Ankara mengusir duta Israel dan membekukan kerjasama ketenteraan selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kejadian itu yang dikeluarkan bulan September tahun lalu membebaskan negara Yahudi itu dari tuduhan

Awal bulan ini Turki memulakan perbicaraan tanpa kehadiran empat bekas komander tentera Israel berkaitan serbuan pada tahun 2010. (todayszaman.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails