Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
"Saya rakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran di atas musibah yang dihadapi," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui Facebooknya.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Sambil menyelar perbuatan kejam itu, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata, punca kepada jenayah yang berlaku sekarang ini adalah kerana manusia sudah hilang rasa takut kepada Allah SWT.
Ekoran itu mereka berani melakukan apa sahaja termasuk membunuh orang yang tidak berdosa.
"Sesungguhnya punca kepada jenayah seperti ini ialah kerana manusia tidak takutkan Allah SWT,"
"Sesungguhnya ketakutan kepada Allah WT itulah yang akan mencegah manusia melakukan jenayah, bukannya undang-undang buatan manusia," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA