http://muhammadismailibrahim.wordpress.com, | 14 Mac 2012 |
Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di
Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.
Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan
sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari
segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa
melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya
bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan
ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.
Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.
Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.
Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.
Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!
Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!

Subhanallah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA