Hazayani Zakaria, | 29 Mac 2012 |
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.
"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)
Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.
Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.
Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.
"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA