Muhammad Faizal, | 06 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS
menyambut baik cadangan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
bahawa seseorang perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan
menteri kewangan.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua jawatan penting negara itu wajar tidak dipegang oleh orang yang sama bagi memastikan mereka dapat menumpukan tanggungjawab sepenuhnya kepada tugas mereka.
"Saya bersetuju jika ada mereka yang layak dan kepakaran dalam soal kewangan serta ekonomi maka pengasingan jawatan perlu ada.
"Perdana menteri hanya menumpukan pada tugas sebagai PM manakala menteri kewangan akan dipikul oleh orang lain," jelasnya yang ditemui harakahdaily.
Katanya lagi, sekiranya pengasingan kuasa ini dapat dilakukan, beliau yakin perlaksanaan tugas dibawah potfolio masing-masing akan menjadi lebih efisyen.
Sebelum ini, Daim yang juga veteran Umno mencadangkan perdana menteri tidak seharusnya memegang jawatan menteri kewangan.
Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan semalam, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.
Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu.
"Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).
"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.
Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.
"Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, "
"Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA