Dalam kesibukan
membuat persediaan menghadapi PRU ke 13 ini, berbagai isu dalaman PAS telah
muncul, yang sepatutnya tidak menggangu kerja-kerja parti.Sebaliknya tumpuan
parti harus diberikan sepenuhnya untuk mengajak rakyat bersama-sama
menumbangkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang.
Bermula dari Isu
pemecatan Hassan Ali hinggalah kepada perlantikan Exco Kedah telah menjadikan
ianya dieksploitasikan oleh media perdana musuh samada akhbar-akhbar atau media
elekronik pada setiap hari. Orang ramai yang membaca dan menonton media ini
sedikit sebanyak terpengaruh dengan berita-berita yang disajikan. Oleh itu
tidak sepatutnya mereka yang terlibat dengan isu ini mendedahkan maklumat
sensasi melalui media tersebut yang jelas ingin memburuk-burukan lagi persepsi
orang ramai untuk menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Kini rata-rata rakyat
melihat Pakatan Rakyat sudah berada di ambang kemenangan dengan sokongan yang
ditunjukkan terutama oleh anak-anak muda diseluruh negara. Cahaya kemenangan
ini jelas apabila dilihat anak-anak muda yang telah terdedah dengan media baru
langsung tidak menghiraukan dakyah dan berita yang disebarkan melalui media
massa arus perdana. Sumber media baru samada melalui blog, fb atau twitter
telah menjadikan mereka mendapat berita terkini yang terpantas.
Cahaya yang kelihatan
bersinar dan sudah muncul menuju ambang kemenangan ini hendaklah terus ditambah
sinarnya sehingga sampai ke hari PRU 13. Janganlah cahaya ini dihalang dengan
isu-isu yang boleh memalapkannya seperti
maslah dalaman yang sepatutnya sudah selesai dan tidak boleh berlaku lagi.
Namun sebenarnya masih banyak masalah dalaman yang masih tidak boleh
diselesaikan samada di peringkat cawangan dan kawasan.
Antaranya adalah
seperti masalah karenah YB-YB yang sukar ditangani disesetengah kawasan.
Apabila mereka ini telah menang menjadi YB, kawasan telah ditinggalkan dan apa
jua pandangan kawasan tidak mahu didengari dan diambilkira. Seolah-olah kemenangan
mereka ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Malahan pandangan parti juga
tidak dipedulikan langsung. Ini yang telah berlaku di beberapa kawasan yang
akhirnya cawangan dan kawasan sudah tidak mencalonkan mereka untuk bertanding
dalam pilihanraya akan datang.
Apabila keadaan ini
berlaku, timbul berbagai masalah daripada YB dan orang yang menyokongnya
sehingga mengganggu gerakkerja parti di kawasan dalam menghadapi pilihanraya. Kesempatan
dari masalah yang ditimbulkan oleh mereka ini telah digunakan oleh musuh
politik dengan mengatakan telah wujud perpecahan dalam jamaah. Inilah suatu
perkara yang amat malang kerana niat untuk berjuang dalam Islam telah berubah
menjadi perjuangan di atas kepentingan diri sendiri sahaja. Ini jelas dilihat
melalui tindakan-tindakan yang ditunjukkan oleh mereka dan orang-orang yang
menyokongnya. Perjuangan sudah menjadi tidak ikhlas dan tidak keterlaluan kalau
dikatakan sudah sampai ke tahap hasad dengki, riya dan ujub, yang sepatutnya
tidak wujud dalam setiap diri para pejuang agama Allah. Sifat-sifat yang
tercela ini mula kelihatan setelah kemenangan muncul di mana-mana. Adakah ini
merupakan ujian dari Allah kepada jamaah dan parti Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA