Selamat Datang

Selasa, 6 Mac 2012

Kerugian RM20 juta PKPS, Pakatan salahkan BN


Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menyalahkan BN atas kerugian RM20 juta ekoran penjualan tanah 12,000 ekar milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Miri dengan harga murah lima tahun lalu.

NONEExco pertanian Yaakob Sapari berkata, ladang tersebut dijual dengan harga murah RM8,082 seekar ketika Umno mentadbir Selangor pada 2007.
"Keputusan itu adalah keputusan yang silap dan saya mengesyaki ada orang-orang tertentu yang mengambil kesempatan dengan perkara ini," kata Yaakob yang juga ADUN Kota Anggerik.

Dalam kenyataannya hari ini, Yaakon berkata, kerajaan negeri sedaya upaya mempertahankan ladang itu daripada terus dijual, termasuk merujuk kepada mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, keputusan mahkamah memihak kepada pembeli kerana dokumen jual beli ditandatangan PKPS oleh kerajaan terdahulu.

"Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan BN kerana telah menjual ladang tersebut dengan harga yang murah," katanya.
Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini menyalahkan BN atas kerugian RM20 juta ekoran penjualan tanah 12,000 ekar milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Miri dengan harga murah lima tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails