Harakahdaily, | 31 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Mac:
Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum
menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu
di Mesir, esok.
“Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka,” kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.
Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.