Selamat Datang

Selasa, 6 Julai 2010

PRU 13 Makin hampir; Harakah pula 'diperingatkan' KDN



Jul 6, 10 3:00pm
Selepas dua tabloid politik dipanggil 'mengadap' Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya.

Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari tadi, Harakah antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

"Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.

"Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak," laporan berjudul 'Harakah Bersua KDN' itu dipetik.

1 ulasan:

  1. Walaupun pru13 nampak hampir namun tidak pada tahun ini atau 2011 krana kerajaan memang tak ada duit.
    Kerana ssekarang kerajaan(BNUMNO) sedang mengumpul dana yang banyak untuk menghadapi pru13 nanti dengan rasuah yang semakin menggila!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails