Selamat Datang

Jumaat, 20 Ogos 2010

Berbuka: Jangan terpengaruh dakyah Umno

Mohd Sabri Said

TANJUNG TOKONG, 20 Ogos: Jawatankuasa Masjid Tuan Guru Tanjung Tokong usah terpengaruh dengan nada Umno untuk menghalang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hadir berbuka puasa di situ petang ini.

Timbalan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Saiful Lizan Mohd Yusuf ketika mengulas isu itu berpendapat semuanya adalah agenda Umno untuk memberi gambaran bahawa Ketua Menteri sukar menjadualkan dirinya bersama masyarakat Islam di Tanjung Tokong selepas isu perkampungan Melayu di situ terpaksa dikorbankan untuk pembangunan.

"Jawatankuasa Masjid Tuan Guru kena berfikiran secara profesional jangan terpengaruh dengan nada Umno yang sedang tenat menghadapi masa depan di Pulau Pinang. Mereka kena akur dengan jadual dari Pejabat Daerah Timur Laut iaitu agensi kerajaan bukan kedatangannya atas nama politik," tegasnya.

Tidak menjadi kesalahan tambahnya, sebagai Ketua Kerajaan Lim bertindak bersama masyarakat Islam berbuka puasa di masjid atau surau.

Sebagai kepimpinan masyarakat setempat sepatutnya mereka kena rasa bangga kerana Lim yang bukan beragama Islam sanggup turut ke padang berbuka puasa.

Kejadian seumpama itu tidak pula berlaku di mana-mana masjid sekitar Daerah Timur Laut bahkan sambutan yang diberikan oleh jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat begitu meriah.

"Bila Ketua Menteri ke sana semua permasalahan yang dihadapi penduduk boleh sampaikan terus kepadanya. Jangan bila halang kehadiranya buat pula cerita Ketua Menteri sengaja tidak menjadualkan melawat Tanjung Tokong bila timbul berbagai isu membabitkan penduduk Melayu di situ," jelasnya.

Pada tahun 2008 Ahli Jawatankuasa Masjid Terapung, Tanjung Bungah juga bertindak begitu namun PAS Bukit Bendera mengambil inisiatif mengadakan juga majlis berkenaan tetapi di perkarangan masjid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails