Selamat Datang

Khamis, 6 Mei 2010

BERJUANG TETAPI TIDAK DITERIMA.


Takrif Pejuang Islam ialah Orang Islam yang berjuang agar keseluruhan isi kandungan Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama dapat dilaksana oleh semua umat manusia dalam semua bidang. Pejuang Islam ini terbahagi kepada dua golongan iaitu:-

. i. Pejuang Islam Sejati. Golongan ini terdiri daripada Umat Islam yang berjuang dengan ikhlas dan dengan sebulat hati, sepenuh tenaga dan segala yang ada kerana Allah dan untuk Allah. Insya Allah mereka ini tidak termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. .

ii. Mengaku dan turut serta sebagai Pejuang Islam. Golongan inilah yang termasuk dalam golongan Pejuang Islam yang masuk neraka. Perjuangan meraka kadang-kadang ikhlas dan kerana Allah dan kadang-kadang tidak. Berjuang memang berjuang, tetapi merima Al Quran, Hadith dan Ijma’ Ulama separu-separuh dan kadang-kadang.

Disamping berjuang, maksiat dan perkara yang dilarang masih tidak ditinggalkan seperti;

· Tidak solat atau Solat fardhu tetapi tidak sempurna .

· Beribadah dengan riak dan menunjuk-nunjuk

· Berurusan perbankan konvensional dan terlibat dengan riba

· Membeli harta seperti kereta, rumah dengan menggunakan pinjaman konvensional

· Membeli insuran harta dan keluarga bersistem konvensional dan bukan Takaful .

· Berhutang tetapi tak mahu bayar

· Berjudi atau taukeh judi

· Pelaboran Bank / Insuran konvensional

· Diri dan ahli keluarga tidak menutup aurat

· Minum arak

· Berbohong dan tidak amanah

· Sombong ,ego dan tinggi diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails