Selamat Datang

Sabtu, 1 Mei 2010

AZAB ALLAH BILA BERLAKU LIMA BELAS PERKARA


Hari ini berbagai perkara telah berlaku sebagaimana sebuah hadis yang disebut seperti berikut. Oleh itu marilah kita menjadikan ia sebagai suatu peringatan dan muhasabah diri dengan keadaan tersebut.

Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:


1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu

2. Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)

3. Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)

4. (Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)

5. Anak menderhakai ibunya

6. Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya

7. Ayahnya (pula) disingkir jauh

8. Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)

9. Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)

10. Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya

11. Arak menjadi minuman lumrah


12. Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)

13. Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung

14. Manakala muzik menjadi budaya pujaan

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)


Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut..."dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?)serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu".
(Hadith riwayat Tirmizi) "

1 ulasan:

  1. semua perbuatan yg diatas telah pun berlaku di negara kita..tunggu shjlah masanya kita menerima bala.

    Tapi disebabkan ulamakx yg muktabar..maka Allah swt peliharakan kita.

    Ada yg sangat jahil sampai nak bunuh ulamak TGNA Nik aziz..langkah mayat ku dulu. Laknatkan pemuda itu segera Ya Allah SWT.
    Aku berdoa pd mu sesiapa yg mengutuk ulamak terima balasan diatas dunia dan akhirat. amin

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails