Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 74
Kelebihan berjihad di jalan Allah
Disebut di dalam hadith yang banyak sebaik sahaja darah mengalir dari tubuh orang-orang yang berjihad, Allah menghapuskan dosa yang pernah dilakukannya melainkan hutang. Sebaik sahaja dia berada di alam barzakh, rohnya masuk di dalam tembolok burung-burung syurga yang memakan nikmat di dalam syurga.
Sementara itu di hari qiamat kelak dia berkelayakan untuk memberi syafaat kepada 70 orang anggota keluarganya yang dimasukkan ke dalam neraka sehingga mereka dibebaskan semuanya dari azab neraka itu.
Seorang ibu datang mengadap Rasulullah s.a.w. mengadu anaknya syahid di medan perang. Beliau berkata: "Wahai Rasulullah! Saya ingin tahu dimanakah anak saya berada sekarang. Jika saya mengetahui dia berada di tempat yang baik, saya merasa cukup gembira. Jika tidak, saya akan terus menangis."
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Wahai Ibu! Anakmu berada di dalam syurga firdaus yang tinggi."
Banyak lagi hadith-hadith lain yang menjelaskan ayat ini.
Firman Allah yang bermaksud:

"Maka Kami akan berikan kepadanya pahala yang sangat besar." (Surah an-Nisa': 74)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Kamu tidak boleh mencapai kelebihan orang yang berjuang pada jalan Allah. Dia keluar sepanjang masa. Waktu jaga, tidur, mana lembah yang dituruni, bukit yang d idaki, padang atau tanah rata yang dilaluinya dipenuhi dengan pahala dari Allah SWT.
"Kamu tidak dapat mencapai kurniaan pahala yang diberikan kepadanya itu melainkan kamu bersembahyang tidak henti-henti tanpa tidur, makan, minum dan sebagainya, dan kamu berpuasa tanpa berbuka."
Tiada siapa yang sanggup berbuat demikian. Sebab itu apabila ada seorang sahabat yang musafir berjumpa satu cerun bukit yang memiliki mata air yang tidak pernah kering, rumput menghijau dan tanahnya pula subur, dia berhasrat untuk beruzlah, tinggal bersendirian di situ, beribadat kepada Allah SWT.
Bagaimanapun sebelum hasratnya itu dilaksanakan dia merasakan lebih baik bertanyakan Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu sama ada perbuatannya itu diizinkan Allah atau sebaliknya. Lalu dia pulang ke Madinah bertanyakan Rasulullah s.a.w. ;Baginda bersabda yang bermaksud:
"Jangan kamu berbuat demikian. Sesungguhnya kamu berada dalam sesuatu masa ketika menegakkan agama Allah tidak sama dengan 70 tahun kamu berada di situ."
Inilah kelebihan yang diberikan kepada orang yang berjihad. Allah juga berfirman yang bermaksud:
"Allah memberi kelebihan kepada orang yang berjihad mengatasi orang yang berdiam diri tanpa berbuat apa-apa (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar.

"Iaitu beberapa darjat (kelebihan) daripadanya dan keampunan serta rahmat belas kasihan dan (ingatlah) adalah Allah Amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.
(Surah an-Nisa': 95 - 96)
(Surah an-Nisa': 95 - 96)
Perbezaan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain itu ialah antara bumi dan langit. Allah juga berjanji memberi pahala yang sangat besar kerana orang yang berjihad kadang kala teringat kepada anak, isteri, keluarga dan harta sehingga menekan perasaannya di samping menghadapi musuh-musuh yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan apa sahaja kepadanya.
Hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA