Selamat Datang

Ahad, 4 April 2010

LIMA PERKARA YANG MENGHALANG DARI MENJADI ORANG YANG SOLEH


Syaiddina Ali bin Abi Talib menyatakan bahawa semua manusia boleh menjadi orang yang soleh, apabila dapat membuang beberapa perkara dari dalam dirinya. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut;

1. SENANG BERADA DALAM KEJAHILAN

Apabila sesaorang itu merasa selesa berada dalam keadaan jahil, maka ia akan menjadi penghalang untuk menjadi orang yang soleh. Jahil bermaksud tidak mahu menuntut ilmu terutama yang berkaitan dengan agama. Oleh itu apabila sesaorang itu jahil, semua amalan-amalan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Sudah pasti dia tidak mungkin menjadi orang yang soleh , yang melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya.

Seseorang itu mestilah berubah dari keadaan jahil kepada berilmu. Untuk itu perlulah pergi mencari ilmu melalui pengajian-pengajian yang diadakan disurau, masjid atau ceramah-ceramah. Dengan demikian kejahilan yang terdapat dalam diri akan bertukar menjadi seorang yang berimu.

2. TAMAK KEPADA KEDUNIAAN

Tamak kepada harta benda, wang dan sebagainya akan menghalang diri seseorang untuk menjadi seorang yang Soleh. Tidak cukup dengan apa yang ada menyebabkan seseorang itu akan melakukan pekerjaannya sehinggakan meninggakan solat dan sebagainya. Tidak ada masa untuk beribadah kepada Allah. Semuanya kerana tamakan dunia yang hanya sementara sahaja.

Tangunggjawab sesama manusia diabaikan. Tanggungjawab kepada Penciptanya juga tidak dilaksanakan apabila seseorang itu sudah gila mengejar keduniaan. Kalau dah kaya inginkan lagi kekayaan. Rumah dah besar ingin rumah yang lebih besar lagi bagaikan istana. Kereta dah baik inginkan yang lebih mewah lagi. Akhirnya harta dunia yang dicari tidak mendatangkan faedah kepada diri apabila dipanggil kembali mengadap Ilahi.

3. KEDEKUT PADA KELEBIHAN

Seseorang yang kedekut dengan apa kelebihan yang ada padanya juga akan menghalang sesaorang itu menjadi soleh. Kalaulah ia dianguerahkan kekayaan tetapi sikap kedekutnya itu maka tidak akan member kebaikan kepada dirinya. Jika sebaliknya harta kekayaan itu disedekahkan untuk membina masjid atau membantu kebajikan anak-anak yatim dan sebagainya, maka akan mendatangkan manafaat kepada dirinya untuk menjadi orang soleh.

Begitu juga jika kelebihan ilmu yang dimiliki, tetapi kedekut untuk berkongsi dengan orang lain atau tidak mahu menyebarkannya, sudah tentulah tidak akan memberi kebaikan kepadanya. Sebaliknya jika ia mengajar dan menyebarkannya, bertapa pahala yang akan diperolehi akan berpanjangan.

4.RIAK DALAM AMALAN.

Semua amalan-amalan hendaklah dilakukan denga ikhlas barulah ia menjadi seorang yang soleh. Sebaliknya jika amalan dibuat dengan keadaan riak, sudah tentu tidak membei kebaikan kepadanya. Oleh itu apabila amalan dibuat walaupun sekecil-kecil amalan hendaklah dalam keadaan ikhlas kepada Allah semata-mata.

5. KAGUM DENGAN PANDANGAN SENDIRI

Satu lagi perkara yang menghalang dari menjadi orang yang soleh ialah kagum dengan pandangan sendiri. Semua pandangan orang lain ditolak dan tidak betul. Akhirnya apa yang dikatakan sahaja yang betul. Inilah sikap yang perlu dibuang dari dalam diri supaya merasa kagum dengan diri sendiri dapat dihapuskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails