Selamat Datang

Selasa, 6 April 2010

KEKUATAN TAUHID ORANG BERIMAN


Dalam hidup ini kekuatan tauhid kepada Allah merupakan suatu yang asas dalam diri pejuang agama Allah. Kekuatan inilah yang dapat membantu menempuh liku-liku perjuangan yang sangat mencabar. Oleh itu hendaklah para pejuang melihat dan meneliti beberapa perkara berikut:

1. Ni'mat.

Allah memberi ni'matnya kepada kita tidak terhingga. Kurniaan ini meliputi segala kehidupan kita samada dalam bentuk tubuh badan kita, makanan, pakaian, tempat kediaman dan sebagainya. semua ini adalah ni'mat yang diberi oleh Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang. Sudah tentulah ni'mat ini tidak dapat kita hitung dan wajib kita terima dengan redha dan bersyukur di atas pemberian dan kurniaan itu.

2. Kebajikan

Apa-apa yang kita lakukan untuk orang lain disebut sebagai kebajikan. Oleh itu segala perkara yang baik dilakukan untuk orang lain adalah kebajikan. Orang yang dapat melakukan dengan banyak amalan-amalan baik maka akan bertambahlah kebajikan untuk dirinya. Kita hendaklah bersyukur dan redha dengan kebajikan yang dapat kita lakukan. Tanpa rasa redha dan syukur sudah tentu apa yang kita lakukan menjadi sia-sia di sisi Allah.

3. Bala'

Ujian atau dugaan yang diturunkan oleh Allah kepada kita hendaklah kita terima dengan redha dan sabar. Semua ujian itu adalah untuk melihat samada kita menjadi orang yang sabar atau sebaliknya. Kalau kita tidak sabar, sudah tentulah kita tidak tahan dengan ujian yang diberikan.

4. Maksiat.

Perkara yang dilarang oleh Allah jika dilakukan adalah suatu maksiat. Begitu jugalah jika perintah Allah ditinggalkan atau diingkari juga suatu maksiat di sisi Allah. Maka sekiranya maksiat berlaku juga, hendaklah kita redha dan kembali semula dengan melakukan taubat kepada Allah. Moga-moga Allah memberi keampunan kepada kita di atas maksiat yang kita lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails