Mohd Munir Ali |
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal melihat kenyataan-kenyataan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang baru selesai menunaikan Ibadah Haji tetapi masih memutarbelitkan dakwaan berkaitan perbuatan beliau menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu dengan mengatakan beliau dengan tanpa niat hanya memegang tiang seri tersebut dan bukannya melakukan ancak sepertimana yang didefinisikan oleh wikipedia. Ilmu dan kepercayaan terhadap tiang seri ini jelas khurafat dan boleh memesongkan aqidah ummat Islam sehinggakan buku Melayu lama yang terkenal berkenaan tiang seri berjudul ‘Tajul Muluk’ telah diharamkan oleh JAKIM sejak tahun 2007 (sila rujuk http://www.islam.gov.my/ppi/BhnHaram/bm/T.pdf). Datuk Seri Zambry yang sehingga kini masih mempertahankan tindakannya telah bertindak lebih jauh dengan mendapatkan pengiktirafan bahawa majlis yang berlaku itu dibenarkan oleh Islam. Sudah tentu penduduk Kampung Guar, Manong masih meneruskan lagi amalan khurafat tersebut yang tiada tindakan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menegur perbuatan tersebut sehingga kini. Hadirnya Datuk Seri Zambry juga memberikan lesen bahawa Islam tidak melarang perbuatan khurafat yang berunsur syirik tersebut. DPPN Pk akan terus memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya ummat Islam bahawa perbuatan yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Zambry di Kampung Guar, Manong boleh menjejaskan aqidah Islam yang sebenar. |
Selamat Datang
Selasa, 21 Disember 2010
Ancak: Zambry Jahil, kelirukan Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA