| Harakahdaily |
| BATANG LUPAR, 4 Mac: Rakyat Sarawak diseru memilih pemimpin yang baik yang sentiasa prihatin terhadap masalah mereka dan menyuarakannya di Dewan Undangan Negeri.
Menurut beliau, PAS tidak memaksa sesiapa menerima parti itu. Begitupun, jelasnya PAS ingin bersama rakyat Sarawak membuat perubahan melalui parti itu dan Pakatan Rakyat ke arah negeri Sarawak yang lebih baik daripada pemerintah BN. “Kita perlu menolak pemimpin yang mengagihkan kekayaan sesama mereka sedangkan rakyat dibiarkan miskin,” katanya lagi. Jelasnya, Islam mengajar pemerintah supaya berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan negeri. Katanya, nabi-nabi menegur pemerintah yang zalim di zaman masing-masing sehingga ada di antara mereka dibunuh. “Inilah yang PAS perjuangkan untuk rakyat Sarawak,” tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang. Dalam masa yang sama beliau turut melawat masyarakat orang Iban di rumah panjang Sebuyau (gambar atas). Penduduk-penduduk setempat menyambut kedatangan beliau dan menjemput bertandang ke rumah. Beliau menghabiskan masa hampir satu jam berbual-bual di rumah penduduk. Turut serta bersama ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Negeri Sembilan, Adam Ahid dan Zulkifly Omar serta petugas-petugas PAS dari Johor dan Perak. Mengulas isu video seks yang heboh ketika ini, beliau dengan nada tegas menyatakan haram bertindak zalim kepada sesama manusia dan amat dikesalkan apabila pihak yang dituduh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang diminta untuk membuktikan dirinya, sedangkan pihak yang menuduh bebas membuat tuduhan tanpa diambil tindakan. |
Selamat Datang
Isnin, 4 April 2011
Pemimpin bukan hanya bagi RM50, tabur janji manis
Sabtu, 2 April 2011
Dewan Negeri Selangor tidak dibubar tahun ini
| Harakahdaily |
|
“Dengan mandat yang hanya akan berakhir pada tahun 2013, pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan memilih untuk pembubaran kabinet pada tahun ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Ke-12, hari ini. Menurutnya, desas-desus telah bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya. Beliau menyebut perkara itu kerana ia mempunyai kaitan dengan konsep bernegara di Malaysia. Katanya, pembubaran kabinet sebuah kerajaan negeri tidak semestinya dibuat seiring dengan pembubaran kabinet Kerajaan Persekutuan. “Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia terutama kita yang berada di dewan yang dimuliakan ini. “Apa yang saya maksudkan di sini ialah kedaulatan negeri dan bidang kuasa negeri mesti dipertahankan,” ujarnya. Selaku wakil rakyat yang diangkat menjadi Menteri Besar kerajaan negeri Selangor, beliau mengajak semua menginsafi bahawa sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menjaga maruah dewan negeri demi mengangkat martabat rakyat dan kepentingan negeri. “Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa cuba menghadiri dan menyertai proses perbahasan setiap sidang dewan bagi memastikan peranan sebagai wakil rakyat dapat dijalankan dengan cara terbaik,” katanya lagi. |
Rakyat Sarawak perlu tolak politik ‘jembalang’ BN
| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR, 2 Apr: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai ‘jembalang dan hantu yang bermulut manis’ adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara. Pengarahnya, Mohd Firdaus Jaafar melahirkan rasa hairan bagaimana kenyataan itu boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara. Beliau mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah ‘jembalang dan hantu’ yang dia sendiri maksudkan. “Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini. Baginya, Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak. Katanya lagi, BN perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara. “Inilah mentaliti ‘budak sekolah rendah’ yang ada dalam pemikiran pemimpin BN sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya,” katanya yang juga ahli Parlimen Jerai. Menurutnya, menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun. Sepatutnya, kata beliau Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN ataupun memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya. Pakatan Rakyat, ujarnya telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga. “Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak?” tanya beliau lagi. Beliau menambah, sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acap kali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji ‘melangit’ menjelang pilihanraya. Beliau berkata, BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman. Sebab itu, katanya mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh. “Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini. “Politik ‘jembalang’ dan ‘hantu’ sudah tidak laku dalam pilihanraya Dun Sarawak kali ini,” ujarnya. |
Isnin, 28 Mac 2011
Beri kerjasama sepenuhnya kepada Khalid - Sultan Selangor
| Ismail Hashim |
|
|
Sabtu, 19 Mac 2011
Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya
| Mohd Nasir Awang |
| Alhamdulillah, satu permulaan sangat baik untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Besut, malam tadi (Jumaat, 18 Mac). Dianggarkan lebih 10 ribu hadirin membanjiri Dataran PGU yang terletak di belakang Masjid Bandar Jertih. Diharap sambutan luar biasa sebegitu berlanjutan dalam sesi-sesi seterusnya sepanjang hari ini hingga ke penghujung acara tengah malam nanti. |
Khamis, 17 Mac 2011
Orang Cina faham Kelantan haram premis judi
| M Faqih |
|
Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun. ”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam. ”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat. ”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini. Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri. Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar. ”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam. “Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri. ”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya. Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama. Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen. Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis. Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat. “Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji. “Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya. Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan. Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan. ”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil. ”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya. Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya. “Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya. Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. |
Kerajaan digesa bela nasib generasi kedua Felda
| Khairil Abdul Rahim |
| KUANTAN, 17 Mac: Kerajaan digesa mengambil serius nasib dan masa depan generasi kedua Felda daripada terlalu berpolitik dengan menjanjikan pelbagai imbuhan dan wang kepada komuniti itu. |
Rabu, 16 Mac 2011
Gagal bangun insan, tak capai matlamat negara membangun
| Wednesday, 10 Rabi'ul Akhir 1432 Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas. Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut. Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut. Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan. Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut. Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan. Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini. Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting. (i) Islam agama Persekutuan; (ii) keluhuran Perlembagaan; dan (iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain. Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah. Perlembagaan tiada roh Islam Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain. Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud? Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat. Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran. Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan. Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama’-ulama’ Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya”. Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita. Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, “Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya”. Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku. Hak istimewa orang Melayu Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera. Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam. Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat. Para ulama’ mengatakan...bermaksud, “Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka”. Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak. Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu. Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul. Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah ‘meninggal dunia’. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah ‘meninggal dunia’? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini? Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Demokrasi Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat. Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan. Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat. Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, “Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah”. Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain”. Perpaduan di kalangan manusia lita’arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain. Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik. Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya. Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah. Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu. Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu. Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu. Allah SWT memberi amaran yang bermaksud, “Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu.” Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan. Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini. Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, “Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum ‘Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan.” Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat. Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu. Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada. Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri. Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting: (i) agama; (ii) nyawa; (iii) akal; (iv) maruah; (v) keturunan; dan (vi) harta. Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam. Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik. Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah. Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja. Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa. Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah.” Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil. Saman ekor Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah. Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih. |
SPR tidak bebas, Pakatan kalah
| Suhaimi Mokhtar |
| PAS-Pakatan kalah lagi dalam pilihanraya kecil Dun Kerdau,Pahang dan Dun Merlimau,Melaka ,apabila calunnya di Kerdau, Hassanuddin Salim tewas ditangan calun Umno-BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad,dan calon PAS-Pakatan, Yuhaizad Abdullah kecundang di Merlimau di tangan calon Umno-BN,Roslan Ahmad. Di Kerdau,calun PAS mendapat 2,336 undi berbanding Umno-BN 5,060 sementara di Merlimau PAS mampu meraih 2,319 undi berbanding Umno-BN mendapat 5,962 undi. Dua kekalahan serentak dipilihanraya kecil Dun ini adalah dijangkakan,kerana kedua-dua Dun ini merupakan kubu kuat Umno-BN.PAS hanya menaruh harapan untuk memenangi kedua-dua Dun itu dengan harapan momentum pilihanraya umum Mac 2008 berterusan akan menyebelahi PAS-Pakatan. Bagaimana pun harapan ini tidak kesampaian disebabkan pelbagai faktor antaranya pertandingan yang tidak setara dalam padang permainan demokrasi yang tidak sama rata.Kekalahan PAS dalam pilihanraya sebelumnya di Dun Tenang ,Johor dan di Dun Galas,Kelantan juga berpunca dari kepelbagaian faktor yang sama. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bebas,pasukan keselamatan terutama pasukan polis juga kelihatan tidak bebas,bahkan menyebelahi Umno-BN dalam pretex masing-masing mengawal ketenteraman awam, keselamatan dan keamanan disamping kononnya untuk menjamin pilihanraya yang licin dan teratur. Selagi anasir-anasir ini wujud,maka selagi itu tidak mudah bagi PAS-Pakatan untuk memenangi pilihanraya dikerus i-kerusi yang dikuasai oleh Umno-BN.Kemenangan PAS- Pakatan dalam pilihanraya umum lalu sehingga mampu menguasai beberapa negeri tidak dapat dibendung oleh apparatus yang mengaturselia dan mengawal pilihanraya,SPR dan pasukan keselamatan, apabila arus mahukan perubuhan begitu besar yang tidak dapat ditampung oleh perbuatan-perbuatan penyelewengan dalam pilihanraya. Pilihanraya Kerdau dan Merlimau diadakan serentak, dengan waktu kempen yang pendek.Segala peraturan baru yang diperkenalkan SPR,semuanya untuk kepentingan memberi kemenangan kepada Umno-BN.Umno-BN bukan setakat menggunakan apparatus atau peralatan jentera kerajaan ini untuk menjamin kemenangannya,tetapi turut menggunakan media,akhbar dan saluran TV yang mampu berkempen lebih panjang,berulangkali dan menerima audience khalayak lebih ramai. Inilah padang permainan demokrasi yang tidak setara dan samarata yang dihadapi PAS-Pakatan.Dalam keadaan ini mana mampu PAS-Pakatan yang mempunyai sumber yang terbatas dapat menyiangi Umno-BN. Jika proses demokrasi negara ini berlaku secara adil,telus,saksama dalam padang permainan demokrasi yang setara dan samarata,tiada penggunaan jentera kerajaan untuk membantu kempen Umno-BN,SPR dan pasukan keselamatan yang bebas,maka sudah lama kuasa Umno-BN dikuburkan. Kalau Umno-BN tidak percaya dan meragui hakikat ini,cuba kendalikan pilihanraya umum ke-13 ini dalam suasana yang lebih kondusif,nescaya Umno-BN akan melihat hasil keputusan pilihanraya yang lebih jelas. Diharapkan dalam pilihanraya ke-13 nanti segala anasir-anasir peraturan negatif dalam pilihanraya dimansukhkan dan digantikan dengan peraturan-peraturan yang memperlihatkan ketelusan dan keadilan serta pilihanraya bersih yang tidak diselaputi dengan penyelewengan dan perbuatan merasuah rakyat seperti menjadi amalan sekarang. Pilihanraya ke-13 yang dianggap paling kritikal dalam sejarah pilihanraya negara ini sejak negara ini mengenali erti pilihanraya bermula sebelum merdeka lagi pada tahun 1955,hendaklah dilaksanakan dengan penuh keadilan,supaya nanti t iada sesiapa yang mampu mempertikai dan mempersoalkan keputsan pilihanraya. Adalah dibimbangi bahawa selepas pilihanraya ke-13 nanti selepas keputusan telah dibuat, ada pihak yang mempersoalkan ketelusan,kebersihan pilihanraya dari sebarang penyelewengan , yang kesan balasnya nanti membahayakan, apabila rakyat tidak lagi mempercayai keputusan plihanraya,lalu rakyat keluar beramai-ramai kejalan-jalanraya mendesak pilihanraya diadakan semula dan tidak mengiktiraf keputusan pilihanraya. Kemungkinan seperti ini berlaku bukanlah sesuatu yang diluar perhitungan.Ia akan lebih memudaratkan negara.Adalah lebih wajar perkara seperti ini dielakkan lebih awal dengan mengadakan pilihanraya yang betul-betul bersih.adil,telus serta tanpa kelihatan sebarang penyelewengan , sama ada ketara atau tidak,besar atau pun kecil. Kalau pilihanraya diadakan tanpa sebarang penyelewengan,penuh kredibaliti dan keadilan serta bersih,maka tiada sesiapa nanti yang akan mempersoalkan keputusan pilihanraya yang diumumkan.Apa yang berlaku dibeberapa buah negara yang sehingga sekarang masing-masing pihak mendakwa kemenangan masing-masing telah membawa negara kepada keadaan huruhara,apabila tiada kerajaan yang sah dapat dibentuk.Iktibar ini sangat perlu dihayati oleh semua pihak. Pihak pembangkang mendakwa kemenangan berpihak kepada mereka,sementara regim yang mempertahankan kuasa kerana mahu terus bergantung dan berpaut kepada kuasa yang dinikmati, mereka mendakwa bahawa kemenangan berpihak kepada mereka. Malaysia perlu mengelakkan keadaan sebegini dari berlaku.Dibimbangi kerana sudah begitu lama berkuasa dengan segala nikmat kuasa yang dikecapi,ada pihak yang tidak mahu berundur walaupun kecundang,kerana mahu terus berpaut dan bergantung kepada kuasa. Walau apapun,apa yang perlu difokuskan bahawa pilihanraya ke-13 yang diadakan nanti perlu diperlihatkan pilihanraya yang ada kredibalitinya.Bagi menjamin pilihanraya yang berkredibaliti,SPR dan pasukan keselamatan termasuk polis hendaklah dilihat bebas dan berkredibaliti.Cukoplah menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik pemerintah.Cukoplah merasuah rakyat dengan projek-projek pilihanraya. Faktor-faktor inilah yang menyumbang kepada kekalahan PAS-Pakatan dalam pilihanraya kecil Dun dan parlimen yang sejak mutakhir ini dimenangi Umno-BN,Mic-BN berturut-turut sebanyak lima kali.Setakat ini selepas 16 kali pilihanraya kecil Dun dan Parlimen diadakan , BN dan PAKATAN masing-masing memenangi lapan kerusi dalam pilihanraya kecil. Kelihatan di peringkat awal pada tahun 2009 selepas pilihanraya umum 2008,Pakatan berjaya memenangi kerusi-kerusi pilihanraya kecil.Ini mungkin kerana momentum yang masih kuat berpihak kepada Pakatan ketika itu,walau parti manapun yang bertanding sama ada PAS,PKR atau DAP.Tetapi di tahun 2010,BN nampaknya bangkit memenangi kerusi-kerusi pilihanraya kecil yang ditandangi. Dalam pilihanraya kecil yang keputusannya tidak melibatkan pembentukan kerajaan,maka segala ketidakadilan peraturan pilihanraya,walaupun tidak disenangi,ia tidak akan mengheret keputusan kepada konflik yang terbuka,tetapi jika keadaan yang sama wujud dalam pilihanraya umum ke-13 nanti,suasana akan bertukar menjadi konflik terbuka,apabila rasa tidak puashati bertukar untuk diluahkan dijalan-jalanraya. SPR,pasukan keselamatan yang mempunyai perisikannya perlu berwaspada dan mengendalikan keadaan ini dengan adil dengan mengadakan pilihanraya yang berkredibaliti ,supaya tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan keputusan pilihanraya nanti. |
Guru perlu ubah lanskap politik negara
| Mohd Sabri Said |
|
Perubahan itu jelasnya, amat penting kerana negara sekarang seolah-olah hilang kawalan penguasaan ekoran politik yang tidak menentu serta terlalu banyak campur tangan yang membawa kepada tiadanya kebebasan. "Guru merupakan pendidik yang setia, maka buatlah perubahan ke arah yang lebih baik kerana landkap politik masa kini telah musnah kerana campur tangan pihak tertentu. “Apa salahnya kita yang dididik mewujudkan keharmonian anak bangsa menjadi lebih dihormati lakukan sedikit lonjakan pembaharuan pada pilihanraya umum ke 13 kelak," terangnya pada majlis pidato bersama Cikgu Mala di perkarangan Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir. malam tadi. Sebelum itu, beliau dijemput memberikan motivasi Menjana Kecemerlangan Pelajar Anak-Anak Ahli PAS di Dewan Haji Zabidi, Permatang Pauh dan sebelah petangnya menghadiri program Sepetang Bersama Cikgu Mala, bertempat di Balai Islam Berapit, Bukit Mertajam. Pada rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam dan berakhir hari ini, beliau juga diajak bersama dalam program menjejaki pejuang muslimat anjuran Dewan Muslimat Permatang Pauh manakala sebelah malam nanti beliau sekali lagi berada di pentas pidato srikandi di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor. Beliau yakin jika guru yang pernah menjadi pelopor politik satu waktu dulu boleh bangun kembali mengatasi golongan politik yang acapkali menggunakan kesempatan peribadi, masalah negara dapat diatasi. "Dulu rata-rata golongan guru mempelopori politik di mana sahaja tetapi sekarang seolah lenyap begitu sahaja. Kenapa jadi begitu sebab kewujudan golongan yang tidak amanah sering mencari peluang untuk membina kekayaan," tambahnya. Katanya, guru perlu membuang semua kerisauan bilamana politik berubah tangan kepada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat nyata berjaya melakukan yang terbaik untuk rakyat contohnya di empat negeri yang dikuasai. Tambahnya, banyak lagi tuntutan guru masih dibekukan tetapi apabila menjelang pilihanraya kecil, ia dimainkan semula seakan-akan 'durian runtuh' padahal jika disiasat, masih terpahat janji lama. "Bila ada pilihanraya kecil, pasti terpancul keluar dari mulut Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddn Yassin kononnya jika rakyat atau guru memberikan kemenangan pada BN, masalah mereka akan dselesaikan," katanya. Turut sama berceramah pada program malam tadi ialah Ketua Dewan Muslimat Permatang Pauh, Puan Suraya Saat dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri, Aida Yusuf Rawa. |