Selamat Datang
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Yahya Othman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ustaz Yahya Othman. Papar semua catatan
Ahad, 17 Jun 2012
Belangsungkawa: Ustaz Yahya: Murabbi tak pernah lelah mendidik ::.
Riduan Mohd Nor
Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum. Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA. Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”. Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.
Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas. Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.
Labels:
Ustaz Yahya Othman
Langgan:
Catatan (Atom)
