Selamat Datang

Khamis, 4 November 2010

Datuk Wan Ahmad Pandai Rujuk Kitab Lapuk Akta Kesalahan Pilihanraya Itu Agaknya



Posted on Wednesday, November 03 @ 15:20:11 PDT by abu_uwais
Artikel
Lucu benar bila melihat pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pandai untuk merujuk kitab undang-undang pilihanraya. Itu pun bila timbulnya kes yang melibatkan pemimpin pembangkang tetapi jika ia terjadi kepada pemimpin UMNO BN maka kitab lapuk SPR itu ditutup rapat-rapat.
Inilah yang berlaku terhadap insiden Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang dikatakan telah memberi rasuah berikutan isu wang sumbangan secara terbuka kepada mualaf Orang Asli pada majlis mesra rakyat di Pos Sandrop, Gua Musang baru-baru ini.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (foto) semalam berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. SPR katanya menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.
Biarpun Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan laporan berkenaan dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa, namun Wan Ahmad nampaknya begitu "jujur dan ikhlas" kepada tanggungjawabnya sekarang. Beliau dengan bangganya telah mengadakan sidang media untuk mewar-warkan perkara itu dan menyatakan bahawa pihak SPR telah memaklum kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Soalnya disini, sejak bila pula Wan Ahmad pandai belajar undang-undang dari "kitab lapuk 1954" SPR itu gamaknya.
Kes yang kecil sebegitu disensasikan untuk apa?. Bukankah ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau memang mahu memastikan BN menang dlaam pilihanraya kecil ini. Jika benar, SPR itu amat prihatin dengan akta dan undang-undang maka kenapa apabila pemimpin UMNO BN melanggar peraturan yang terkandung dalam kitab itu "ditutup sebelah mata" oleh Wan Ahmad. Misalnya dalam isu menawarkan projek-projek "mee segera" serta penyampaian wang sumbangan ihsan kepada rakyat setiap kali menjelangnya pilihanraya.
Bukankah itu adalah rasuah pilihanraya yang nyata dan terkandung juga dalan kitab terbabit. Bahkan terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh rakyat terhadap beberapa tindakan UMNO BN yang bercanggah dengan peraturan dan akta pilihanraya sebelum ini yang tidak diendahkan mereka. Kenapa kini, tiba-tiba cuba untuk menjadi "juara rakyat" bagi membantu kemenangan BN di Galas agaknya.

[Terkadang, nampak sangat SPR terdesak dan dipaksa memastikan kemenangan calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Galas ini. Apa tidaknya, bermula dengan isu angkut peti undi dengan helikopter kini timbul pula isu zakat jadi rasuah. Ternyata mereka mahu melakukan apa saja untuk kemenangan UMNO BN.
Itulah yang dilaungkan oleh PM Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Beliau dengan lantangnya mengatakan sanggup lakukan apa saja untuk pertahankan Putrajaya. Maknanya, andai BN kalah sekali pun dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti maka beliau tetap tidak akan berundur walau setapak pun. Itu jika BN kalah, entah apa Najib sudah berpakat-pakat dengan SPR untuk memindahkan pengundi berdaftar di kawasan kubu kuat pembangkang ke kawasan lain.
Ini sudah pun berlaku seperti yang didedahkan oleh pemimpin PAS baru-baru ini. Sekarang, nyata di depan mata SPR sengaja digunakan untuk menekan pembangkang. Sudahlah hari pengundian dijalankan pada hari bekerja, kini mereka buat helah lagi untuk menghalang kemenangan PAS di Galas. Apapun, rakyat lebih mengetahui sebenarnya dan moga mereka juga bijak membuat pilihan hendaknya].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails