Selamat Datang

Khamis, 31 Mei 2012

Pimpinan UMNO Perlu Bertaubat Kerana Rosakkan Aqidah Muda Mudi



Apabila seseorang itu telah melakukan sesuatu dosa, dia perlu bertaubat sebelum datang kematiannya. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al Quran, yang bermaksud

" Sesungguhnya penerimaan taubat itu diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"

" Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini,” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”


31 Mei 2012
Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.

Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.

Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Munajat kali ini adalah untuk agama, bukan bagi mencapai kepentingan diri dan peribadi. Munajat yang dapat diambil iktibar dari apa yang dipohon oleh Rasulullah dan para sahabat:

Al-Baqarah: 250

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

Kejutan ada tokoh penting bakal menyertai PAS di Himpunan Hijau esok

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Bangga sertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya

NIk Abduh Nik Abdul Aziz, 31 Mei 2012

Hari ini, bersama keluarga, saya akan bergerak awal ke Kedah untuk Himpunan Hijau Menuju Putrajaya. Semoga perjalanan merentas Lebuh raya Timur Barat selamat dan diberkati Allah.

Mengapa kita berhimpun?

Pengundi terkejut rekod JPN kata dia sudah mati

Harakahdaily, 30 Mei 2012

(Gambar: Carian di laman web SPR menggunakan nombor kad pengenalan 691130 01 5063 menunjukkan 'Record not found')
KUALA LUMPUR: Seorang pengundi di Dun Kuala Kubu Baharu Parlimen Hulu Selangor terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan beliau sudah meninggal dunia.

Mohamad Diah Arjan berkata, beliau sangat hairan apabila semakan yang dibuat di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan " Record not found" sedangkan namanya ada dalam sistem semakan di pejabat pos Kuala Kubu Baharu.
Selepas membuat semakan di pejabat pos, beliau yang bernombor kad pengenalan 691130 01 5063 membuat semakan di JPN Kuala Kubu Baharu dan pegawai bertugas memaklumkan bahawa ada menerima laporan berhubung kematian beliau tetapi belum disahkan lagi.

"Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Saya bertanya bagaimana ia boleh berlaku dan pegawai bertugas memaklumkan ada kesilapan di JPN Putrajaya.

Rabu, 30 Mei 2012

Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah

Abdul Aziz Mustafa, 30 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.

"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.

"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.

Selasa, 29 Mei 2012

Munajat Perdana bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa mendapat sambutan hangat.

 

 Bagan Serai, 29 Mei; Program Munajat Perdana bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa dari Kedah di Masjid Tinggi mendapat sambutan hangat oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS Perak. Hadirin telah memenuhi ruang masjid untuk mengerjakan solah maghrib dan solat hajat seterusnya mendengar tazkirah dan amanat dari Tuan Guru Hj Salleh.

Isnin, 28 Mei 2012

Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat Parit Buntar..



Parit Buntar,28 Mei; Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Parit Buntar telah mengadakan himpunan petugas-petugas pilihanraya yang dihadiri oleh hampir 150 orang baru-baru ini. Program ini dihadiri oleh Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Saudari Aiman Athirah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya PAS Perak dan Hj Harun Hashim, YDP Parit Buntar dan AJK PAS Parit Buntar.

Dalam ucapan di majlis tersebut beliau meminta agar muslimat Parit Buntar dapat terus bekerja dan meningkatkan usaha memberi penerangan yang jelas kepada semua kaum wanita yang berada di dalam kawasan ini.

Ahad, 27 Mei 2012

PAS tanding 3 kerusi di Kuala Lumpur

Hazayani Zakaria, 27 Mei 2012

(Tuan Guru Abdul Hadi menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari penjaja Chow Kit)

KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.

"PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.

Sabtu, 26 Mei 2012

Ceramah Pakatan Rakyat di BT 5....



Parit Buntar, 26 Mei; Ceramah PR yang diadakan di Batu 5, sebuah pekan kecil di dalam kawasan Parit Buntar telah mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai. Kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang  tempat yang kecil.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails