Selamat Datang
Isnin, 31 Januari 2011
Ucapan Tok Guru pada orang India dalam Masjid.....Apa UMNO nak kata...
Ahad, 30 Januari 2011
Minda orang melayu zaman 1 Malaysia.....
"Keputusan PRK Tenang cukup jelas menunjukkan betapa minda pengundi Melayu
yang berada di kampung-kampung sama seperti 50 tahun dahulu. Mengapa perkara ini berlaku seharusnya diperhalusi. Jentera PR yang dikatakan antara yang terbaik sepanjang kempen di Tenang gagal menembusi lokasi majoriti pengundi Melayu terutamanya dikawasan Felda dan kampung tradisi.Faktor peranan media, taktik ugut dan sogokan dikenalpasti taktik utama BE END dalam mana-mana pilihanraya . Orang Melayu seolah-olah tidak kisah nasib bangsanya yang semakin jauh dengan Islam. Mereka lebih gemar berhibur dan menolak majlis ilmu. Kalau di Johor setiap malam Jumaat , Yassinan hanya dijadikan rutin mingguan, makan dan minum jadi agenda tanpa menghayati kandungan surah Yasin itu sendiri. Maaf kiranya ada Melayu Johor yang tersinggung tetapi inilah realiti semasa di Johor. Kalau majlis kenduri kendara karaoki menjadi agenda wajib semasa majlis berkenaan. Tiada ayat-ayat yang mengingati Allah di perdengarkan. Inilah wajah Melayu Johor. Meminjam kata-kata Abang Mat Sabu dulu, orang UMNO Johor ini..darah depa CAP KERIS tu yang agak payah sikit nak ubah minda mereka sekarang.
Masyarakat Melayu juga tidak menghiraukan apa sahaja yang berlaku dalam negara , isi kenaikan harga barangan , bebanan yuran persekolahan anak-anak, kenaikan harga minyak dan beberapa perkara seperti Tarif elektrik yang dijangka akan naik semuanya dibuat tidak kisah. Selain itu isu-isu nasional juga tidak diendahkan oleh orang Melayu kampung .Lihat isu Kugan dan Beng Hock bagaimana bangsa lain sangat sensitif isu kezaliman ke atas bangsa mereka. Tetapi dalam kes adik Aminulrashid hanya kelibat para pemimpin Melayu dari PR yang bersuara.
Orang Melayu juga tidak peka permasalahan sekeliling seolah-olah duduk bawah tempurung. Mereka tidak menjadikan kejatuhan kerajaan Tunisia sebagai contoh menentang kezaliman kerajaan sekarang. Kuasa undi Melayu tidak digunakan sepenuhnya. Cukup sekadar terima dua atau tiga ratus atau habuan-habuan sementara untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Orang Melayu juga buat tidak kisah bila isteri Pi Em kita berbelanja sakan masa melancong/melawat luar negara. Orang Melayu juga tidak kisah bila Isteri pemimpin mereka tidak menutup Aurat.
Lihat masyarakat Cina, mereka sangat bijak berpolitik apa sahaja yang kerajaan buat semua mereka dapat tetapi undi bukan untuk dibeli. Inilah bezanya maruah bukan melayu dan orang Melayu.
Kepada pihak pimpinan PR pula usaha berterusan untuk menembusi kawasan-kawasan Melayu harus dilakukan bagi memastikan cita-cita untuk menumbangkan rejim zalim Be End ini menjadi kenyataan. Lakukanlah yang terbaik di negeri-negeri dibawah pimpinan PR seperti Kedah, Penang, Kelantan, Selangor. Apa sahaja aktiviti yang melibatkan kebaikan orang Melayu haruslah ditonjolkan dan dalam masa yang sama masyarakat bukan melayu tidak harus ketepikan.
Orang Melayu kena cepat-cepat diberikan buku jingga agar mereka sedar matlamat kerajaan PR yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada. Semoga orang melayu akan berubah dan tidak harus bergantung pada Be End. Semoga pimpinan PR dapat menerobos minda melayu yang penuh dengan daki atau karat biru.
Semoga segala usaha PR akan beroleh kejayaan kelak Insyaallah.Semoga orang Melayu tidak akan layu .
TGNA - Sekular Itulah Jahiliyyah...renungan buat pengundi Tenang

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!
Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.
Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.
Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :
Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.
Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.
Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?
Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.
Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka.
Bertarikh : 25 Safar 1432H / 30 Januari 2011M
Gambar - gambar di Tenang: Mengundi dalam banjir...tanda pertolongan telah tiba...
…………………………………………………………………………………
Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.
Hujan sudah reda sekitar jam 2 tengahari ini, tetapi laluan antara pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi paras paha.
Ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut.
Walaupun hujan sudah reda tetapi awan hitam masih menyelebungi langit. Kemungkinan besar hujan akan turun lagi selepas ini.Mkini
Gambar-gambar sekitar proses pengundian PRK Tenang
Pilihan raya kecil kerusdi DUN Tenang yang sedang berlangsung dalam hujan lebat sekarang menyaksikan seramai 10.68 peratus atau 1,576 orang telah keluar mengundi sepanjang satu jam pertama. Pengundian bermula 8 pagi tadi. - TMISebagai langkah terakhir, PAS menyerahkan kebergantungan hanya kepada Allah yang maha kuasa. Moga-moga bala tentera dari langit turun membantu PAS menang pada PRK kali ni.
Untuk melihat gambar-gambar suasana terkini boleh ke blog Batu Gajah Mari.PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi hari ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub.
Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang malam tadi, selepas tujuh hari berkempen sehabis baik, beliau meminta jenteranya dan semua ahli dan pimpinan PAS berdoa kepada Allah.
“Hanya Dia yang berhak untuk menentukan segala-galanya,” ujarnya memetik perbualannya ketika dihubungi wartawan Harakahdaily tengah malam tadi. - PRK Tenang
Mengundi dalam hujan lebat, banjir
| Nazri Abdullah |
| LABIS, 30 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi tadi. Beliau berkata demikian ekoran khuatir beberapa kampung yang berkawasan rendah, akan dilanda banjir jika hujan lebat berterusan. Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas. Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi. SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing. Ditanya adakah hujan akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terjejas, beliau berkata masyarakat Dun Tenang diyakini tetap akan keluar mengundi. "Saya yakin walapun hari ini hujan turun agak lebat dan cuaca mungkin membatsakan segalanya, tetapi dengan keyakinan pengundi akan melakukan perubahan, saya percaya pengundi akan keluar mengundi juga demi untuk memilih wakil rakyat untuk membawa suara dan permasalahan mereka ke Dun Johor," katanya. Sehingga jam 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundian adalah 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi biasa di Dun Tenang adalah seramai 14,554 manakala 119 lagi adalah pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab sama sebelum ini. Pengundi akan memilih antara calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru manakala calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah. Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh yang turut bersama mengiringi calon ketika ditemui berharap hujan yang melanda Labis sejak beberapa hari lalu membawa kebaikan kepada rakyat di Dun ini. Keadaan hujan juga turut memaksa proses merayu undi oleh penyokong kedua-dua parti agak terbatas. Mereka terpaksa berpayung dan berbaju hujan dan sesetengahnya rela basah kuyup. |
Sabtu, 29 Januari 2011
Umno hilang punca serang suami calon PAS
| Harakahdaily |
| LABIS, 29 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman. Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit. "Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN. "Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini. Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat. "Saya sebut kepada kawan-kawan jangan bangkit isu Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) bercerai dengan bekas suami dia, isu Najib (Datuk Seri Najib Razak) bercerai dengan bekas isteri dia, kemudian mereka berkahwin bersama. "Saya kata jangan sebut, itu tidak baik, itu satu perkara peribadi," katanya. Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala. Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof. "Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi. Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS. |
Tarik subsidi tol, tambang bas akan naik
| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR, 29 Jan: PAS mendesak kerajaan mengkaji tindakan menarik semula pemberian subsidi tol sebanyak 50 peratus kepada pengusaha bas bermula 15 Januari lalu. Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, PAS membantah tindakan itu kerana ia akan menyebabkan pengusaha bas menaikkan tambang kepada pengguna. Kenaikan tambang ini seterusnya akan menambahkan kesusahan rakyat yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas. "Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN. "PAS mendesak kerajaan mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti?" soalnya. Menurut Idris juga, PAS tidak mahu isu kenaikan tambang bas dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menyalahkan pengusaha bas sedangkan mereka yang bersalah. "Padahal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. PAS yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya," katanya. Kerajaan menarik balik potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu yang mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu. Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi. |
Gambar - gambar di Tenang: PAS tiada sambutan...
PROGRAM 1Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah mega di Tenang malam tadi..


PROGRAM 2
Ribuan warga Cina hadiri Makan Malam Tahun Baru Cina bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Pekan Labis, Dun Tenang semalam..



