Selamat Datang

Isnin, 2 Januari 2012

Pembina gesa hentikan keganasan



Aizuddin Khalid   

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merasa kesal dengan tragedi buruk yang berlaku antara polis dan sekumpulan mahasiswa yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tg. Malim pada awal pagi 1 Januari 2012.
Difahamkan sekumpulan 60 mahasiswa telah berkumpul untuk membantah dan menyeru pemindaan AUKU serta menuntut pengguguran hukuman UPSI ke atas Adam Adli. Setelah diberi ruang untuk berucap, mahasiswa yang enggan bersurai dilaporkan telah berdepan dengan penahanan dan tindakan bersurai secara kasar oleh pihak polis. Akibat insiden tersebut, 2 orang dilaporkan cedera termasuk Pengerusi BEBAS, Muhammad Safwan Anang, penganjur perhimpunan tersebut, manakala 17 lagi siswa ditahan di lokap dan kemudiannya dibebaskan petang tadi.
PEMBINA berpendirian bahawa sebarang bentuk kekasaran atau reaksi melampau dari mana-mana pihak adalah tidak perlu dalam apa jua keadaan. Sebarang bentuk provokasi juga adalah tindakan yang tidak berhemah dalam keadaan demonstrasi yang cukup tegang.
Dalam hal ini, UPSI sepatutnya mampu untuk berperanan lebih sebagai institusi pengajian tinggi yang matang, dimana pihak UPSI sepatutnya berinteraksi dan berunding  dengan pelajar-pelajar ini dan tidak semata-mata berlepas tangan dengan menyerahkan urusan mereka kepada polis dan anggota keselamatan.
Amat mengejutkan juga bahawa polis tergamak mengambil tindakan kasar ke atas mahasiswa yang akhirnya menyebabkan keadaan bertambah buruk. Tindakbalas ini bertentangan dengan peranan polis sebagai badan penjaga keamanan negara. Polis sepatutnya menggunakan kebijaksanaan dalam mengawal mahupun menghadapi kemarahan mahasiswa yang sedang berdemonstrasi, bukan bertindak ganas dan menghilangkan rasa hormat mahasiswa terhadap pihak berkuasa.

Papisma mohon polis bersikap profesional



Dr Awisul Islah Ghazali, Presiden Papisma   

Sekali lagi negara dikejutkan dengan tindakan kekasaran yang tidak seharusnya dilakukan oleh pihak polis ke atas seorang pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apatah lagi ianya berlaku di permulaan tahun baru masehi ketika seluruh rakyat Malaysia menanam azam dan cita-cita ke arah kebaikan dan kejayaan untuk diri dan keluarga.
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma)  merakamkan rasa dukacita, kesal dan kecewa dengan apa yang telah berlaku ke atas Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) Muhammad Safwan Anang Talib yang dilaporkan patah tulang rusuk akibat tindakan pihak polis, manakakala beberapa orang lagi cedera hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang disertai tidak sampai 100 orang di hadapan UPSI yang tidak langsung berunsurkan jenayah atau menimbulkan apa-apa bahaya kepada orang awam.
Saat di mana beribu-ribu rakyat seluruh negara dibiarkan bermaksiat sepanjang malam menyambut pesta hedonism tahun baru, mengotori setiap ceruk negara bukan sahaja dengan sampah sarap bahkan akhlak hina, pihak bkuasa rela utk menafikan hak sekumpulan lagi rakyat Malaysia yg ingin berhimpun aman, tanpa apa sekelumit nilaian maksiat di bumi UPSI.
Adakah ini definisi kebebasan bersuara di negara kita? Hak maksiat diraikan, hak bersuara dibisukan?
Apa yang dilakukan oleh pihak polis ini telah melanggar kebebasan hak asasi sebagai rakyat malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Perkara 10 Fasal (1) a dan b.

Insiden UPSI: Umno BN mesti berundur

| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mahasiswa akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya umu ke-13 nanti, justeru Umno BN mesti berundur.
Demikian ditegaskan Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan polis terhadap para mahasiswa yang berhimpun di Universiti Perguruan Sultan Idris, awal pagi semalam.
“Mahasiswa mahukan perubahan, kali ini mahasiswa dan anak muda akan membuat pilihan yang tepat.
“Kami akan memilih kerajaan baru dalam pilihan raya akan datang. Umno BN mesti berundur, mereka sudah tidak layak lagi mentadbir Malaysia dengan prestasi yang sangat buruk,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan


| Print |
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekasarann polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar terhadap pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Fakta Sebenar Tentang Isu Surau Salihiah Kancut


Click to view full size image ============== Madrasah Salahiah
ZULKIFLI YAHAYA
Isu Madrasah Salihiah, yang terletak di Bandaraya Alor Setar yang mahu diroboh untuk pembangunan menyeluruh kompleks Aman Central belum lagi selesai malah bertambah rancak dimainkan oleh pihak tertentu. Apabila ramai yang tidak faham isu sebenar dibiarkan membuat ulasan dalam media-media talibarut BN, maka ia menjadi makin bercelaru.

Seperti biasa media BN lebih gemar membuat laporan propaganda dari melaporkan sebuah berita yang beretika dan adil.

Mereka hanya melapor madrasah itu akan dirobohkan untuk dibuat kompleks perniagaan tetapi tidak melaporkan tentang surau baru lebih besar yang akan dibina di tempat tersebut di samping pampasan RM1.48 juta untuk membina wakaf baharu di tempat lain yang lebih besar manfaatnya. Ertinya roboh satu surau dapat dua surau yang lebih besar.

Media BN melaporkan seolah-olah seluruh bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah itu adalah surau atau ‘rumah Allah’ walhal sebahagian besar bangunan itu digunakan sebagai ruang pejabat sebuah syarikat insuran. Hanya satu ruang diguna untuk surau, seperti wujudnya surau di mana-mana bangunan yang lain.

Media BN memberitahu, bangunan itu mempunyai nilai sejarah kerana berusia 100 tahun tetapi surau yang kononnya berusia 100 tahun itu telah dirobohkan di zaman BN memerintah Kedah.

Ahad, 1 Januari 2012

Video Tragedi UPSI 2012

Coretan Di Awal Tahun 2012

| Print |
Nik Abdul Aziz Nik Mat   
Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.

Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?

Peguam muda PAS sedia bela mahasiswa yang ditahan

| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan sewaktu mengadakan protes Auku di UPSI malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, sejak berita penahanan mahasiswa itu diketahui awal pagi tadi, lima orang peguam juham diketuainya  telah berkampung di Balai Polis Tanjung Malim.

"Juham bersedia untuk mewakili para mahasiswa tersebut di dalam prosiding reman yang dipercayai akan dilakukan pada lewat hari ini sekiranya Polis berhasrat untuk terus menahan mahasiswa-mahasiswa terbabit.

80,000 sertai Countdown 2012 kerajaan Selangor

| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.

Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Insiden UPSI: Kesemua mahasiswa dibebaskan

| Print |
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Kesemua mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dibebaskan petang ini.

17 mahasiswa ini ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Mereka dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails