| Harakahdaily, | 31 Mac 2013 |
SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.
Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.
Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.




Saya
membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri
dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan
beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya
terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah
perjuangan kemerdekaan. Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta
sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah
kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap
kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan
pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan
lain-lain. Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan
menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata!
Nampaknya beliau berdepan dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.