Akademi Tarbiyah DPPM,
|
07 Dis 2012
|
Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan
agamanya dan mengatasi pihak-pihak yang menentangnya. Oleh sebab
perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan
Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dan persaingan adalah
satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi
oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.
Mahu
tidak mahu, setiap Muslim terpaksa menghadapi realiti perlawanan atau
perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat
atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang.
Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah SAW
lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh
dengan tekanan dan ujian.
Perjuangan Dan JihadDi dalam bahasa Arab, perkataan yang paling sesuai dan sinonim dengan perjuangan adalah jihad. Jihad adalah kata terbitan (
masdar) yang berasal dari perkataan "
jahada" bererti bersungguh-sungguh dan tekun mengerjakan sesuatu. "
Jahada" pula bererti memerah tenaga.
Jahada al-'aduww,
bererti memerangi musuh. Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian
berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Al-Jihad
menurut kebanyakan kamus bererti perang mempertahankan agama.