Harakahdaily |
Ini, tegasnya adalah hasil daripada pendedahan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung kesilapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) seperti nama pengundi bertindih dan lain-lain. Katanya, apa yang dibuktikan oleh Bersih itu adalah untuk menyedarkan SPR terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan. Tegasnya, selagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor. “Di dunia kena laknat, di akhirat pun kena laknat,” tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi. Justeru, bagi beliau Bersih telah memberikan khidmat yang besar kepada negara bagi menuntut pilihan raya yang adil. “Siapa nak menang, siapa nak kalah, serah kepada pengundi,” tegasnya. Beliau turut mengingatkan pasukan keselamatan supaya melaksanakan tugas yang utama iaitu menjaga agama. Ini, katanya kerana agama yang menguruskan nafsu manusia yang tidak dapat dilakukan melalui undang-undang. "Dengan undang-undang manusia tidak boleh diurus. Mesti ada sesuatu yang manusia buat di luar kemampuan undang-undang, yang boleh menguruskan nafsu manusia ialah agama. "Ingat, tiap-tiap orang akan mati dan lepas mati akan dibalas oleh Allah," jelasnya. |
Selamat Datang
Selasa, 23 Ogos 2011
Menang pilihan raya cara haram
Isnin, 22 Ogos 2011
Anggota ATM perlu berkecuali
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: PAS menegaskan menteri atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab terhadap dakwaan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa mereka diarahkan 'memangkah' undi pos untuk BN.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, dakwaan tersebut tidak seharusnya dijawab oleh ATM sendiri, pasukan beruniform yang berkecuali daripada politik kepartian. "Saya tegaskan bahawa sepatutnya yang respon itu ialah menteri atau SPR, bukan yang beruniform. "Kita mahu ATM terus bersikap berkecuali, tidak terlibat dalam politik kepartian kerana mereka berkhidmat di bawah Yang Di-Pertuan Agong," kata beliau sewaktu berucap di majlis Pelancaran Kempen dan Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, Kampung Baru, petang kelmarin. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera minggu lalu bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera. Zulkifli sebaliknya mendakwa Pemuda PAS menggunakan bekas anggota tentera untuk memburuk-burukkan BN. Mohamad berkata, anggota ATM harus kekal bersikap berkecuali dan hanya setia kepada Yang Di-Pertuan Agong serta tidak lagi muncul membuat kenyataan dalam isu membabitkan pilihan raya. "Sebarang usaha membawa ATM terlibat dalam politik kepartian akan membawa bahaya kepada keselamatan negara dan kecelaruan politik pada masa akan datang. "Kita harap kemunculan pasukan beruniform menjawab dalam hal pilihan raya itulah pertama dan terakhir, jangan diulangi lagi dan (Datuk Seri) Najib (Razak) kena hentikan perkara ini kerana kalau tentera terlibat dalam poilitik kepartian akan membawa keburukan daripada kejernihan "Khidmat cemerlang ATM diakui rakyat daripada merdeka hingga searang dan mereka mesti kekalkan prestasi itu sampai bila-bila," katanya. Minggu lalu, empat bekas tentera muncul membuat pendedahan bahawa merekia diarahkan memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasan ATM. |
Khamis, 18 Ogos 2011
Umno halang rakyat faham al-Quran
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa yang sangat penting kerana kitab suci itu merupakan perlembagaan kehidupan umat Islam. Tambahnya, tanpa Al-Quran hidup manusia tidak akan terarah dan pasti akan pincang. “Sudah 54 tahun sejak kita merdeka, Umno telah mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada mereka. “Apa yang kita perhatikan adalah Umno telah gagal untuk melaksanakan Al-Quran dalam erti kata yang sebenar,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, di bawah pemerintahan Umno, Al-Quran hanya diperdengarkan untuk pertandingan sahaja. Malah, ujarnya Umno telah menggunakan kuasanya untuk menghalang para alim ulamak untuk menyampaikan ajaran Al-Quran dalam erti katanya yang sebenar di rumah-rumah Allah di atas alasan kononnya tidak mahu mencampuradukkan di antara politik dan agama. “Umnolah bertanggungjawab menghalang usaha-usaha untuk memahamkan rakyat tentang Al-Quran dalam erti kata yang sebenar,” ujarnya. Menurutnya, sebagai contoh yang diketahui umum, iaitu usaha Negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam sepertimana yang dituntut oleh Al-Quran turut mendapat halangan oleh pemimpin Umno yang memerintah negara. Umno juga, katanya turut menghalang Kerajaan Negeri Terengganu sewaktu pemerintahan PAS dulu daripada melaksanakan undang-undang Islam sepertimana yang dituntut oleh Al-Quran. Justeru, katanya seluruh umat Islam di Malaysia hendaklah sedar tentang sikap sebenar Umno yang sebenar. Oleh kerana itulah, tegasnya menjadi suatu kewajipan kepada seluruh umat Islam bangkit bangun dari lamunan yang berusia 54 tahun itu untuk mengembalikan kedaulatan Al-Quran yang telah gagal diperjuangkan oleh Umno. “Bagaimana Umno ingin memperjuangkan Al-Quran di atas nama nasionalisme? “Sejak dari mula lagi asasnya pun sudah tidak betul, tak mungkin benih nasionalis dan rasis akan membuahkan Al-Quran,” ujarnya. |
Rabu, 17 Ogos 2011
Jangan ada muslihat dari pemutihan pendatang
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kerajaan BN diingatkan agar memastikan program pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini yang sedang dilaksanakan sekarang bebas dari sebarang sindiket yang boleh merosakkan negara. Dalam masa yang sama, PAS turut mengingatkan kerajaan agar tidak mengambil kesempatan dari program yang diadakan itu bagi melaksanakan muslihat Umno BN seperti menjadikan pendatang-pendatang tanpa izin itu sebagai pengundi bagi pihak Umno BN dalam pilihanraya. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, bagi PAS, program pembersihan Pati yang diadakan itu memberikan kebaikan tertentu kepada negara dan Pati-Pati terbabit. Menurut beliau, oleh itu, ia tidak akan dipersoalkan oleh PAS sekiranya program tersebut benar-benar dilaksanakan berasaskan undang-undang dan bebas dari sebarang anasir tidak baik, terutama oleh kumpulan sindiket tertentu untuk kepentingan mereka. "Kita harap program tersebut diadakan dengan baik dan jangan pula terdapat sindiket di dalamnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakan kemungkinan terdapat kaitan antara program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan sekarang dengan tindakan Umno BN menjadikan warganegara asing sebagai warganegara ini. Sehingga kini ribuan pendatang asing telah dijadikan warganegara dan turut disenaraikan dalam daftar pemilih oleh kerajaan BN menerusi agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang, satu pengkhianatan yang nyata terhadap negara dan jelas mengancam keselamatan negara. Demi kepentingan negara, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat bagi mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas untuk membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu di bangunan Parlimen. Surat tersebut diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu yang berakhir semalam. Namun desakan tersebut tidak diberikan respon yang baik oleh Perdana Menteri, sebaliknya ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, tanpa memanggil persidangan Parlimen dan tanpa sebarang rundingan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika menjawab soalan wartawan berhubung penubuhan jawatankuasa itu menjelaskan, penubuhan jawatankuasa itu sememangnya penuh dengan keraguan dan tanda tanya. "Sungguhpun begitu, ini menunjukkan apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 akhirnya turut diakui oleh Datuk Seri Najib," tegas beliau. Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan BN supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil. |
Isnin, 15 Ogos 2011
BN tahu SPR balang oksigen terakhir mereka
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya. “Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan. “Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya. Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku. Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif. “Persoaalannya peraturan mana SPR gunakan sewenang-wenang boleh membuang senarai nama tidak aktif. Bukankah ini bertentangan dengan Perkara 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya 1981?” soalnya. Tambahnya, paling kelakar lagi jika mereka yang nama dipotong datang pada hari pilihanraya, SPR akan membetulkan semula. Soalnya lagi, atas asas apa pula pengundi yang dipotong hendak datang mengundi sedangkan namanya sudah dipotong. “Bukankah ini mendedah kepada penyelewingan untuk hantu-hantu berkeliaran pada hari mengundi?” soalnya. Justeru, ujarnya rakyat mengharapkan SPR jangan menjadi kuda tunggangan Umno. Menurutnya, tipu muslihat akan terdedah satu demi satu, kerana sekarang zaman IT bukan zaman Ashabul Kahfi. Pakatan Rakyat, tegasnya akan menggunakan kepakaran yang ada untuk mendedahkan ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku di dalam negara ini kerana BN mengetahui SPR adalah balang oksigen terakhir untuk mereka. |
Sabtu, 13 Ogos 2011
London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.
|
Jumaat, 12 Ogos 2011
Rusuhan: Hishammuddin buta hati, pekak telinga
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat membezakan di antara perhimpunan aman Bersih 2.0 yang bermatlamat murniberbanding rusuhan membakar dan menyamun yang berlaku di United Kingdom (UK). Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu bahawa rakyat Malaysia harus bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu tidak menjurus ke situasi rusuhan di UK adalah tidak munasabah. (Sumber: Hisham: Be thankful Bersih not like London riots http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hisham-be-thankful-bersih-not-like-london-riots/) Katanya, perhimpunan Bersih 2.0 yang berlaku di Kuala Lumpur (KL) langsung tidak boleh disamakan dengan rusuhan di UK. Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh membuat perbandingan antara rusuhan di UK dan himpunan aman Bersih 2.0 di KL. Di UK, rusuhan telah berlaku secara rambang tanpa sebarang agenda yang jelas atau spesifik melainkan menghasilkan suatu keadaan yang kacau-bilau. Di KL, perhimpunan Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang jelas dan telah dianjurkan secara terancang. Agenda, tarikh dan waktu bersurai telah dinyatakan secara terus-terang buat pengetahuan pihak kerajaan, PDRM, media dan orang awam dari awal-awal lagi. Penganjur Bersih 2.0 telah menegaskan bahawa perhimpunan mereka adalah perhimpunan yang aman dari awal-awal lagi. Di UK, beratus-ratusan perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh. Kehilangan harta benda dianggarkan bernilai berjuta-juta Sterling Pound. Di KL, tidak ada satu pun laporan kedai disamun oleh penyokong Bersih 2.0. Sebaliknya, kedai yang buka pada hari itu seperti kedai makan minum mencapai perniagaan yang menguntungkan kerana kehadiran beribuan penyokong Bersih 2.0 di KL. Di UK, berpuluh-puluh kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh menyebabkan keadaan berasap dan membahayakan keselamatan. Di KL, asap yang wujud berpunca daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit atau FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin di mana penyokong Bersih 2.0 cuba berlindung. Di UK, perusuh memegang senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail”. Di KL, penyokong Bersih 2.0 tidak bersenjata tetapi sekadar memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin sendiri. Sejak bila t-shirt atau pun warna kuning dapat menggugat keselamatan dalam negeri? Di UK, perusuh secara aktifnya cuba menyerang dan mencederakan polis. Di KL, penyokong Bersih 2.0 mengelakkan pertembungan dengan PDRM dan FRU. Tindak balas para peserta Bersih 2.0 bersifat pasif dan tidak agresif. “Saya ingin menggesa Hishammuddin supaya membuka hati beliau dan mengambil iktibar daripada bagaimana kerajaan dan pasukan polis United Kingdom mengawal keadaaan rusuhan yang sebenar,” kata Teresa dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Di UK, pihak polis hanya menahan 1,000 orang walaupun rusuhan telah berlanjutan selama lima hari. Di KL, pihak polis telah menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh satu hari sahaja hanya kerana mereka cuba berhimpun di pusat bandar secara aman. Beliau juga merasa kesal kerana Hishammuddin masih buta hati dan tidak insaf walaupun beratus-ratusan rakaman video membuktikan PDRM dan FRU telah menggunakan kekerasan yang keterlaluan telah dimuat naik ke atas Internet untuk tontonan orang ramai. “Beliau masih memekakkan telinganya terhadap kutukan keras oleh warga Malaysia dan komuniti antarabangsa dan masih menyokong tindakan PDRM dan FRU,” katanya. Sehingga hari ini, ujarnya sebulan telahpun berlalu sejak perhimpunan Bersih 2.0 diadakan, Hishammuddin dan PDRM masih gagal membentangkan laporan keganasan PDRM dan FRU kepada orang ramai. “Apakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kelalaian Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dari segi siasatan terhadap anggotan PDRM sendiri?” soalnya. |
Pencarian bantuan berakhir di pejabat Adun PAS
Khaulah Azwar |
Masalah kewangan yang dihadapi seorang ibu tunggal mendapat perhatian dan simpati Adun Gombak Setia baru-baru ini. (Zaliha dengan kuih yang dibuatnya hasil bantuan Adun PAS Gombak Setia) Zaliha Ramli berusia, 65 tahun, seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak dan 20 orang cucu berkata, hasil bantuan sumbangan RM1000 yang diterima telah memberi sinar baru dengan membeli peralatan membuat kuih raya (oven elektrik) dan bahan kuih raya.
(Zaliha di depan rumahnya yang dhaif)
|
Khamis, 11 Ogos 2011
Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca
Harakahdaily |
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat. Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini. “Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut. Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya. Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. “Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun. Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya. Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh. Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua. |
Rabu, 10 Ogos 2011
Lynas : Badar ambil tindakan undang-undang
|
Helmi Ibrahim |
Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya. Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng.
|
Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809
Rizal Tahir |
|
Selasa, 9 Ogos 2011
Akta Jenayah Akidah bukti Umno tidak ikhlas
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam. "Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan. "Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini. "Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen? "Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad. "Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad. Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu. Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu. "Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam,” katanya. |
Isnin, 8 Ogos 2011
Had umur Umno-BN makin pendek
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my |
MINGGU lepas saya diundang untuk mengisi program Lujnah Penerangan PAS Negeri Sembilan. Majlis diadakan di Markas PAS Kuala Pilah di bawah pimpinan Yang Dipertuanya, Zaharudin Othman. Pada majlis tersebut saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa kedudukan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan dilihat termasuk dalam kategori 'A' untuk dimenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal dipanggil pada bila-bila masa. Dari segi faktanya, saya melihat potensi Negeri Sembilan lebih baik dari Terengganu untuk dimenangi kerana, Pakatan Rakyat hanya ketinggalan empat kerusi sahaja berbanding Barisan Nasional. Di Negeri Sembilan, pada PRU 2008, daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri, BN menang 21 kerusi. PAS menang satu kerusi, DAP 10 kerusi dan KeADILan menang empat kerusi. Pada PRU tersebut, PAS Negeri Sembilan bertanding 13 kerusi. BN menang hampir semua kerusi majoriti Melayu. Pakatan Rakyat menang semua kerusi majoriti Cina dan kawasan campuran. Maka di sini, PAS menggalas cabaran yang lebih besar, bekerja keras untuk menang di kawasan Melayu, sekali gus membantu Pakatan Rakyat untuk menguasai Negeri Sembilan. Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, ia bakal menyumbang undi bagi kerusi Parlimen untuk membantu Pakatan Rakyat di peringkat Nasional menguasai Putrajaya. Maka saya pertegaskan kepada rakan-rakan PAS, bahawa menguasai kerusi Melayu di Negeri Sembilan, bukan suatu perkara yang mustahil. Mereka harus melipatgandakan usaha menawan hati pengundi. Yang penting bagi PAS ialah memperkukuhkan saf kepimpinan, supaya ia lebih mantap dan bekerjasama erat dengan DAP dan KeADILan. Miracle di Perak, boleh berulang di Negeri Sembilan, jika pemimpin PAS Negeri Sembilan berusaha dengan gigih. Hakikat ini diperakui oleh Umno-BN. Dalam dry run atau pilihan raya olok-olok yang dijalankan BN, mereka memperolehi dapatan yang menggerunkan iaitu mereka bakal kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13 nanti. Malah dalam pilihan raya latihan yang diadakan itu juga, mencatatkan BN tidak mampu merampas semula Selangor dan bakal kehilangan sehingga 15 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor. Persekitaran ini memang tidak pernah diduga BN. Pada PRU 2008 di Johor, Pakatan Rakyat menang enam kerusi Dun. Empat DAP manakala dua lagi PAS. Manakala di Perak, dry run BN menunjukkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dun meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran rampasan kuasa secara haram. Walaupun dilapor pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi. Hasil dapatan ini juga menunjukkan bahawa kedudukan dan populariti Menteri Besar Perak lantikan mahkamah, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir, terumbang-ambing dan semakin menjunam kerana tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 darpada 59 kerusi Dun di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. "Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Dato' Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,"kata sumber Umno yang dipetik media. Hasil dapatan BN pada dry run yang dijalankan menunjukkan jentera BN dihambat dengan banyak kelemahan. Antaranya wujud sentimen ketua-ketua Umno yang mahukan nama mereka diletakkan sebagai calon, barulah jentera parti digerakkan. Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13. "Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diletakkan," kata sumber tersebut. Masalah timbul di kalangan BN pula didapati jika parti boleh menggerakkan jenteranya, hanyalah Umno. Parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih tidak bergerak kerana pengaruh mereka di kalangan kaum yang mereka wakili sudah semakin pupus. Kebanyakan penganalisis menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno. Namun hasil dapatan dry run BN amat menggerunkan BN. Jentera Umno yang sudah digerakkan pun penuh dengan kelemahan, manakala jentera komponen lain tidak boleh diharapkan. Maka barangkali dengan sebab itu Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Dato' Seri Najib Tun Razak, masih tidak dapat memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan. Walaupun timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi PRU dalam waktu terdekat, namun jentera BN masih berada di tahap yang pasif. Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, selama ini pun, dalam banyak pilihan raya, bukan jentera Umno-BN yang bergerak. Mereka hanya berlonggok untuk 'mengabihkan beras' di markas-markas, mengupah mat rempit melalak di jalan raya sambil mengibarkan bendera BN. Yang bergerak dan dipergunakan sepenuhnya untuk membantu BN adalah media arus perdana, institusi istana, agensi kerajaan seperti SPR, polis, tentera, mahkamah, jabatan penerangan serta kementerian-kementerian lain. Yang digembleng untuk melawan arus Pakatan Rakyat bukannya jentera Umno, tetapi jentera kerajaan. Umno-BN tidak pernah berdepan dengan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' sebab mereka macam 'pondan siam'. Jentera pilihan raya Umno-BN, tidak mampu berhadapan dengan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat secara gentleman. Mereka akan kalah jika bertembung one-by-one. Yang mereka tegak berkuasa selama ini hanyalah kerana dibantu seratus peratus jentera kerajaan. Tanpa bantuan jentera kerajaan Umno-BN sudah lama 'bungkus'. Umno-BN bergantung kepada kejahatan pegawai kerajaan yang berperanan di agensi tertentu, seperti memanipulasi senarai daftar pengundi, pemalsuan kad pengenalan untuk membolehkan pendatang haram menjadi penggundi dan lebih jahat lagi mereka yang bersubahat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing untuk menjadi warganegara. Hanya cara ini sahaja Umno-BN boleh diselamatkan. Oleh itu pegawai kerajaan seharusnya ingat, bahawa anda bukan hanya berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang sahaja. Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat ini mewakili kuasa rakyat yang besar. Sekurang-kurangnya 48 peratus rakyat Malaysia mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-12. Ingatlah Pakatan Rakyat menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (sebelum dirampas) dan menang 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pakatan Rakyat menguasai 82 kerusi Parlimen dan hampir 200 kerusi Dun. Kuasa rakyat yang besar ini tidak akan membenarkan kerakusan dan kemungkaran berterusan dalam negara. Justeru, dengan kelemahan Umno-BN yang amat ketara sekarang, didorong kegagalan mereka memulihkan ekonomi negara, maka Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang amat cerah untuk menguasai Putrajaya pada PRU ke-13 nanti dan memperbetulkan segala kepincangan yang diciptakan Umno-BN. Kepada pemimpin Umno dan pegawai kerajaan yang bersekongkol dengan mereka, terimalah hakikat bahawa usia Umno-BN sebagai peneraju negara semakin pendek. Muzium dan liang lahad sudah menggamit mereka. Pada ketika itu mana-mana pegawai kerajaan yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN, melakukan kejahatan dan pemalsuan, akan menerima hukuman yang setimpal daripada rakyat Malaysia. |
Ahad, 7 Ogos 2011
Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'
Abd Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor. "Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya. 'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap. Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'. "Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia. "Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad. Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan. "Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu. "Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau. Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi. |
Sidang tergempar: PAS serah surat pada PM esok
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari. "Esok jam 12 tengahari di bangunan Parlimen saya bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara. Beliau juga tidak menafikan ianya merupakan satu konspirasi pihak tertentu untuk mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. "Kita yakin wujud konspirasi dalam perkara ini," katanya. Minggu lalu, media mula mendedahkan berkaitan PR yang memegang kad pengenalan merah bertukar status kepada warganegara dan mendapat kad pengenalan biru serta didaftarkan sebagai pengundi. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata isu ini telah lama berlaku dan pernah terbukti di mahkamah di Sabah bahawa penduduk Myanmar didaftarkan sebagai warganegara. "Isu daftar pemilih ini pernah dibuktikan di mahkamah dan nampaknya sehingga kini kerajaan tidak pernah berhenti mendaftarkan warga asing untuk mengundi," katanya. |
Khamis, 4 Ogos 2011
Mohon isytihar tangkapan Bersih tidak sah
Aziz Muda |
Alasan yang diberikan oleh pihak polis bagi mengesahkan penahanan dan tangkapan tersebut adalah bukan-bukan, sengaja diada-adakan dan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang. Razman, 51, dalam tuntutannya berkata, akibat dari penahanan itu, hak asasi beliau untuk bergerak bebas di seluruh negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah terjejas dan dicabul oleh pihak polis. Menurutnya, beliau juga telah menghadapi dan mengalami kerosakan akibat dari tekanan emosi, tekanan mental dan penghinaan ekoran dari tangkapan salah, tidak sah dan haram itu. "Keadaan itu lebih dirasai lagi apabila saya dikurung dalam truck yang panas, bertutup kanvas di kiri kanan, kurang udara dan penuh sesak dengan puluhan tahanan-tahanan yang lain yang tidak dikenali oleh saya," katanya dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini, hari ini. |
Pemuda PAS Perak ucap takziah
Harakahdaily |
IPOH, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah, Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Negeri, Rohani Kasim, 38, hari ini. Setiausahanya, Salman Saleh dalam e-mel kepada pengarah jabatan itu berkata, pihak DPPN Pk amat terkejut dengan kejadian yang telah menimpa Almarhumah. “Kami berharap pihak jabatan dan ahli keluarga almarhumah tabah dan bersabar di atas ujian yang melanda. “Kami mendoakan agar Allah Taala mencucuri rahmat di atas roh Almarhumah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah hendaknya. Amin!” ujarnya. Rohani yang masih bujang dilaporkan ditemui mati di apartmennya di Tambun, dipercayai dicekik dalam kejadian samun, kira-kira pukul 3 pagi tadi. |
Dr Rosti letak jawatan ekoran Siasatan Dalaman
Harakahdaily |
|
Rabu, 3 Ogos 2011
Bicara pegawai Imigresen di mahkamah terbuka
Abdul Aziz Mustapha |
|
PR jadi warganegara, kospirasi terancang - PAS
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.
Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri. Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini. |
Selasa, 2 Ogos 2011
Ni lagi......Selain Mismah, 52 lagi PR jadi warganegara dikesan
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Jangan terkejut jika bukan Mismah sahaja yang statusnya penduduk tetap disebelah pagi bertukar menjadi warganegara sebelah petang, malah pertukaran serupa turut melibatkan ramai lagi. |
Macam mana ni....Suruhanjaya perlu siasat Pagi MyPR petang MyKad?
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya. (Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)
(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi) |
Isnin, 1 Ogos 2011
BN hilang Perak, NS di pilihan raya olok-olok
http://mimpi-senja.blogspot.com |
Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR). Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008. Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat. Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas. “Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider. Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh. “Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu. Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini. Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13. “Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. “Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno. Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen. Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan. “Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi. Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen. Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno |
PAS Parit Buntar RM82k untuk projek Ramadhan
PARIT BUNTAR , 29 Julai : Program Infaq Ramadhan Al Mubarak Kawasan Parit Buntar merupakan aktiviti tahunan yang dilakukan oleh PAS Kawasan Parit Buntar serta Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong.
Pengerusi Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa berkata, program ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan di sekitar Parlimen Parit Buntar sempena bulan Ramadhan yang hampir tiba.
“ Beberapa golongan yang dikenalpasti pihak kami akan salurkan bantuan iaitu fakir miskin, anak yatim, mualaf, pesakit di hospital, masjid, pegawai masjid , guru al - Quran dan guru Pasti
“ Jumlah sumbangan yang diperlukan untuk tahun ini adalah sebanyak RM 82,000.00. Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk barangan keperluan untuk sambutan Eidul Fitri, jamuan anak yatim dan wang ringgit” katanya
Bahrain berkata, sumbangan dari orang ramai, ahli korporat dan pihak swasta diperlukan bagi menjayakan program ini.
“ Sumbangan ini amatlah bertepatan dengan amalan sedekah amal jariah khususnya untuk menjalani ibadah bulan Ramadhan. - PAS Parit Buntar.