Harakahdaily |
“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul. “Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau. Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini. Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif. Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat. Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007. Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan. “(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007,” tegas beliau. |
Selamat Datang
Khamis, 30 Jun 2011
Bersih 2.0: Fahami Perlembagaan Persekutuan
Rabu, 29 Jun 2011
Bersih 2.0: Usahlah provokasi keterlaluan
Harakahdaily |
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) sebagai merujuk kepada laporan berita bertajuk, “Batalkan Jika Tidak Mahu ‘Perang’ – Omardin” yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011. “Sejak pihak Dewan Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan Bersih 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah Umno, Utusan Malaysia. Terbaru, seperti mana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan. Memetik daripada laporan berita tersebut: Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti. “Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut,” kata Omardin. “Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini,” kata Nasrudin. Beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran Bersih. Ini, ujarnya adalah satu perkara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Katanya, amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara. Beliau menambah, ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan yang dimomokkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Lebih mengecewakan, ujarnya tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan. Beliau yakin semua pihak mahukan negara yang aman. “Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan,” ujarnya. |
Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN
Harakahdaily |
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. “Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya. Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. |
Wang rakyat dibazirkan, perbadanan kaut untung
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kesal dengan pembaziran yang berlaku di kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya yang bernilai lebih RM48.7 juta setahun. “DPPWP hairan, kenapa sehingga ke hari ini kerajaan masih menyewa bangunan-bangunan pejabat termasuk kediaman rasmi pemimpin negara di Putrajaya daripada Perbadanan Putrajaya,” kata Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Tambahnya, sedangkan selama ini mereka mencanangkan seantero dunia bahawa Putrajaya adalah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang menggunakan wang rakyat. Malah, katanya urusan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan-bangunan itu juga ditanggung oleh kerajaan bukannya Perbadanan Putrajaya. Beliau berkata, perkara itu dijelaskan dalam jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz kepada soalan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin bahawa kos baik pulih RM3,581,744.78 kediaman PM dan TPM termasuk dalam senarai liabiliti kerajaan. Kos sewa sahaja mencecah RM2.7 juta sebulan, bil air RM32 ribu sebulan dan elektrik RM171 ribu sebulan. “Betapa besarnya wang rakyat dibazirkan selepas ditipu dalam projek pembangunan mega Putrajaya. Yang mengaut untung adalah Perbadanan Putrajaya,” kata Riduan. Justeru, katanya DPPP mendesak agar kerajaan memberikan penjelasan mengenai status hak milik sebenar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan kenapa kerajaan enggan memilik negarakannya sebagai aset tetap. Dalam erti kata lain, ujarnya Perbadanan Putrajaya mempunyai kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang berhak menyewa bangunan milik mereka kelak. Beliau menambah, jika berlaku pertukaran kerajaan, Perbadanan Putrajaya boleh melakukan sabotaj dengan menghalau atau menaikkan nilai sewaan sedangkan rakyat tahu, dana pembinaan Putrajaya datangnya daripada poket rakyat. “Jadi, wajiblah kerajaan menjelaskan kuasa dan status sebenar Perbadanan Putrajaya dan memastikan dana rakyat tidak dibazirkan sesuka hati,” katanya lagi Adalah memalukan, ujarnya apabila negara yang mempunyai wawasan yang besar tidak mampu memiliki bangunan pentadbirannya sendiri dan terpaksa menyewa kepada agensi lain. |
Sewa rumah PM, TPM RM18,000 sehari
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Jika dibahagikan, secara mudahnya kos sewa bagi kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya lebih RM18,000 untuk sehari.
"Dari satu sudut, rakyat disuruh berjimat, agensi kerajaan disuruh berjimat, tiba-tiba untuk dua pemimpin negara ini, wang rakyat diguna sebanyak itu", kata Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sidang media di Parlimen hari ini. Turut serta pada sidang media itu, Dr Siti Mariah Mahmood (PAS-Kota Raja) dan Anthony Loke (DAP-Rasah). Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS sebelum ini menanyakan kepada kerajaan berhubung jumlah pembiayaan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setiap tahun bermula tahun 2006 hingga 2010. Dalam jawapan bertulis semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi kedua-dua pemimpin negara itu. Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun. Untuk rekod, kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya. "Rumah bernilai berjuta-juta, kita tak tahu apa yang dibaik pulih setiap bulan," katanya lagi sambil mendakwa ia satu pemborosan melampau. Tak rasa kesusahan rakyat Anthony Loke dalam pada itu berkata, tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka. "Saya tinggal dengan ibu bapa saya di rumah, maksimum bil elektrik saya RM150 sebulan. Bil setahun elektrik rumah rasmi PM dan TPM boleh bayar boleh bayar untuk 100 tahun bil elektrik saya. "Kalau bil air, di Selangor subsidi 20 meter padu iaitu RM11, cukup untuk dua orang guna satu bulan. "Kalau RM32,789 sebulan di kediaman rasmi PM dan TPM, bermakna ia diguna lebih kurang 5961 orang. "Ini satu angka yang memeranjatkan," katanya. |
Isnin, 27 Jun 2011
Amaran Timbalan Menteri Pelajaran Tidak Bertamadun
Kuala Lumpur, 25 Jun 2011 - Kenyataan ini adalah respon kepada laporan dalam laman berita harian yang bertarikh 25/6/2011 yang memetik kata-kata Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran: "Saya harap tidak ada guru yang akan menyertainya. Kita yakin guru negara ini sudah cukup matang dan tidak akan terbabit dalam perhimpunan sebegini apatah lagi mereka tahu implikasinya. Bagaimanapun sekiranya ada juga masih berdegil, kita terpaksa ambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas, menahan gaji atau sebagainya."
Amaran Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran yang memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk menggantung tugas serta menahan gaji guru yang menyertai perhimpunan haram di ibu Negara merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan jelas bertentangan dengan Islam.
Hak untuk menyuarakan pandangan adalah merupakan hak yang dijamin oleh perlembagaan Negara ini.
Di dalam Islam seseorang mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pandangannya selagimana tidak bercanggah dengan Islam.
Kerajaan sepatutnya lebih mesra rakyat dan tidak menyalahgunakan kuasa demi survival fahaman politik yang sempit.
Kegemilangan Islam pada waktu lampau adalah kerana keterbukaan mereka dalam menerima kepelbagaian pandangan selagimana tidak bercanggah dengan Islam.
Oleh kerana itulah mazhab-mazhab Islam hidup dengan suburnya pada era mereka. Keperluan menyatakan pandangan semakin menjadi suatu kewajipan sekiranya pertentangan berlaku di antara kebenaran dan kezaliman.
Apa yang dilakukan oleh BERSIH adalah demi keadilan. Bahkan tindakan berdiam diri terhadap kezaliman itu adalah tindakan yang tidak matang sama sekali dan bukan sebaliknya seperti yang didakwa.
Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta
Nazri Abdullah |
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu). Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011. Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama. Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.
Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja. Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom). Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady. Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam. |
Benarkan perhimpunan Bersih - Suhakam
Harakahdaily |
|
Ahad, 26 Jun 2011
Bersih 2.0: Siapa pengkhianat
Harakahdaily |
“Persoalannya siapakah pengkhianat sebenar?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Beliau juga mempersoalkan kenapa Bersih 2.0 yang didukung oleh NGO dan parti-parti politik bertegas juga hendak berhimpun secara aman pada 9 Julai ini. Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu perlu ingat yang menganggotai penganjur Bersih 2.0 bukan mereka yang bodoh dan boleh dicucuk hidung oleh mana-mana pihak. Katanya, jika mereka mahu mencari jalan selamat dan selesa lebih baik mereka menyertai Perkasa dan Pemuda Umno yang sentiasa mendapat perlindungan dan kekebalan daripada pihak pemerintah. “Apakah salah sebagai rakyat yang hendak menuntut pilihan raya yang adil seperti penggunaan dakwat, menghapuskan undi pos?” “Kenapa kerajaan berdolak dalih? Susah sangatkah hendak laksanakan,” tanya beliau. Beliau berkata, jika kerajaan tidak bersedia untuk menerima tuntutan rakyat, maka sahlah kerajaan BN yang mengkhianati kepada rakyat. Tambahnya, oleh kerana rakyat sayangkan negara daripada mala petaka buruk kerana pencabulan demokrasi, maka mereka sanggup turun ke perhimpunan aman Bersih. Sepatutnya, kata beliau Muhyiddintidak boleh menuduh perserta himpunan Bersih khianat kepada keamanan negara. “Sepatutnya kerajaan sudah matang untuk mempertingkatkan ketelusan perjalanan pilihan raya dan usaha penambah baikan perjalanan pilihan raya , apabila pihak kerajaan melihat amarah rakyat ketika Bersih 10 November 2007 yang dihadiri lebih 100 ribu orang,” katanya. Sebaliknya, kata beliau lagi walaupun berlaku beberapa pertemuan yang dibuat oleh parti-parti politik dengan SPR, segala pandangan yang diberi seperti mencurah air di dalam daun keladi. “Kesemua ini terjadi kerana SPR, masih tidak bebas dan berada di bawah dagu pemimpin BN,” ujarnya. |
Sabtu, 25 Jun 2011
Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0
Mohd Nor Yahya |
KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus. Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh. “Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau. Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi. Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah. Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri. “Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi. Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta. “Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau. |
Khamis, 23 Jun 2011
Tuntutan Bersih selari dengan Islam
Harakahdaily |
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini. “Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti. Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran. Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan. Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia. Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut. “Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi. Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam. “Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib. “Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya. Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya. Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”. Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS. Utusan memetik kata-kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.” Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu. “Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN. “Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya. |
Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu. Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni. Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam. "Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang. Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya. Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini. "Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya. Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini. Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara.
"Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya. Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri. "Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam. "Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau. Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga. "Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu. "Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita. "Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. |
Rabu, 22 Jun 2011
Semua diseru jayakan Bersih 2.0
Harakahdaily |
“Ini bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi berparlimen negara,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily hari ini. Bersih 2.0 yang dianggotai lebih daripada 80 NGO telah menyenaraikan 8 tuntutan berikut demi menjamin pilihan raya yang lebih adil bagi mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik iaitu bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam konteks negara, kata Tuan Ibrahim, demonstrasi aman yang dianjurkan Bersih 2.0 bukanlah perkara baru dalam konteks negara. “Selepas pilihanraya umum ke 12, Umno ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding Pakatan Rakyat. Namun, apa yang menarik demo mereka ini dapat pengawalan polis tanpa sebarang provokasi. Ia berjalan dengan aman walaupun ia berbentuk hasutan. “Contohnya, peristiwa membawa kepala lembu, membakar gambar dan bendera dan juga pengisytiharan perang khususnya yang dianjurkan rakan akrib Umno, Perkasa, yang ternyata mempunyai kekebalan luar biasa daripada sentuhan undang-undang dan juga polis,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuan Ibrahim turut menambah bahawa PAS berterima kasih ke atas kebebalan Perkasa yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi kebelakangan ini. “Kerana ini sudah tentu dapat memudahkan kerja polis untuk menahan mereka yang melakukan provokasi – dan sudah jelas yang buat provokasi tentulah Perkasa. “Tapi, di Malaysia, kita sudah pasti tidak terkejut sekiranya yang kena tahan pihak yang tidak membuat provokasi seperti PAS, PKR dan DAP,” sindir beliau. Mengenai keazaman Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta melakukan demo pada Julai 9 nanti seperti yang dilakukan Bersih 2.0, Tuan Ibrahim berkata ia adalah satu tindakan yang agak luar biasa sehinggakan Khairy berani mencabar polis dan menyatakan kesediaannya untuk ditangkap. “Cuma PAS hairan Pemuda Umno sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda Umno nak tuntut apa? “Jika benar kata Khairy bahawa mereka juga mahu menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, maka ini bermakna pemuda Umno nampaknya lebih faham berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang tua-tua yang sering berlindung di bawah dagu Perkasa dan Ibrahim Ali (Presiden Perkasa),” sindirnya lagi. |
Munajat Perdana sempena himpunan aman Bersih 2.0
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. “Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan. Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu. “Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini. “Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. Menurutnya, apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia. Manakala baru-baru ini, ujarnya kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan ‘kebersihan’ pilihan raya di negara ini. Dewan Ulama, katanya tidak akan merelakan perkara daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini. Beliau menambah, Dewan Ulama akan menggunakan keupayaan yang syarie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini. Jelasnya, Dewan Ulama tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini. “Dewan Ulama insya Allah akan memastikan agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang,” ujarnya |
Khamis, 16 Jun 2011
Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat
Harakahdaily |
“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan. “PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil. “Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya. Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai. Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. “Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau. Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat. “Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal. Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan. “Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau. “Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. “Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya. |
Polis tak hormati Perkara 10 Perlembagaan
Aziz Muda |
Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dimohon memberikan penegasan terhadap kebebasan yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar jelas memperlihatkan sikap pihak polis berhubung perkara itu. Menurut beliau, kenyataan itu dengan jelas menunjukkan pihak polis tidak menghormati perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengadakan himpunan secara aman tanpa senjata. Katanya, ada pun perkara 27 Akta Polis (Akta 344) mengenai kuasa untuk mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan. "Perkara 27 Akta Polis (Akta 344) bukannya bertujuan untuk menghalang kebebasan tersebut," katanya ketika membacakan memorandum yang diserahkan kepada pihak Suhakam di pejabat Suhakam, di sini, hari ini. Memorandum Dewan Pemuda PAS Johor yang memohon semua pihak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata itu diserahkan oleh beliau pada jam 3.35 petang ini dan diterima oleh Pegawai Suhakam, Shahizad Sulaiman. Dalam memorandum yang diserahkan oleh beliau dengan ditemani beberapa orang AJK Pemuda PAS Johor itu, Suhaizan menegaskan, kenyataan Khalid berhubung perkara itu turut disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini. Berdasarkan laporan Sinar Harian, Khalid memberi kata dua bahawa polis tidak akan mengeluarkan permit, malah membekukan semua permohonan untuk mengadakan sebarang perhimpunan kerana dikhuatiri mengancam ketenteraman negara, mengganggu pergerakan sosial ekonomi, keadaan trafik dan menggugat aktiviti perniagaan. Menurut Suhaizan, kenyataan pihak polis itu jelas bertujuan untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini dan ia sealiran dengan sikap pihak tertentu ke arah itu sehingga sanggup membuat laporan polis.. "Laporan-laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menggagalkan himpunan itu adalah suatu tindakan tidak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata. "Dengan itu, Dewan Pemuda PAS Johor telah memutuskan untuk menyerahkan memorandum kepada pihak Suhakam memohon kepada pihak Suhakam memberi penegasan terhadap kebebasan yang diberi oleh Perlembagaan Malaysia," ujar beliau. Sementara itu,Shahizad dalam reaksinya berhubung memorandum yang diterimanya itu menjelaskan, beliau akan menyerahkan memorandum itu kepada pesuruhjaya untuk dibincangkan bagi membolehkan tindakan susulan dilakukan. Tindakan tersebut akan dilakukan segera oleh beliau bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan oleh pihak Suhakam. |
Himpunan Bersih 2.0 cetusan dan hasrat rakyat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Penganjur himpunan Bersih 2.0 iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan himpunan yang bakal diadakan 9 Julai ini adalah hasrat dari rakyat sendiri. "Bersih 2.0 sekali lagi mahu menegaskan bahawa Perhimpunan Bersih adalah seratus peratus inisiatif pertubuhan masyarakat. "Ini adalah gerakan rakyat untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil. "Kami juga menjemput pertubuhan lain termasuk parti politik untuk menyertai kami dalam usaha mengangkat demokrasi dan menuntut reformasi pilihan raya," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini. Bersih turut dianggotai wakil dari 62 NGO yang mana memainkan peranan besar dalam mempromosikan demokrasi dan pilihan raya bersih dan adil. Mereka akan terlibat menggerakkan himpunan di Kuala Lumpur, 9 Julai ini. Pelancaran himpunan itu akan dibuat 19 Jun ini bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. Sehubungan itu, mereka menyeru semua pihak menyokong himpunan itu demi masa depan demokrasi negara dan bukan menentangnya. PAS sahaja akan mengerahkan 300 ribu ahlinya menyertai himpunan itu seperti usul yang diluluskan pada Muktamar 57 lalu. Sejak hasrat himpunan itu diutarakan, Umno khusus dilihat tidak senang duduk sehingga terpaksa membuat beratus laporan polis di seluruh negara. Tidak cukup dengan itu, kumpulan pendesak Melayu, Perkasa pula mengancam mahu bertembung dengan himpunan itu jika penganjur Bersih enggan membatalkan hasrat mereka. Terbaru, pihak polis pula mengumumkan akan bertindak membuat tangkapan awal sebagai pencegahan agar himpunan tersebut tidak berlaku. |
Selasa, 7 Jun 2011
Edar perjanjian IPP kepada anggota Parlimen
Abdul Aziz Mustafa |
|
Umno cemburu dengan hasil muktamar PAS
Harakahdaily |
|
Ahad, 5 Jun 2011
"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang"
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih. |
Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'. |
Rabu, 1 Jun 2011
PAS ganti Umno negara jadi lebih baik
Ismail Hashim |
Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini. Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS. Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi. Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator. Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya. "Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin. Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca. Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik. "Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar. "Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu. Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit. Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video. Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka. Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka. Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah. Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik. |