Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 30 Sept: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan Khas yang bermula kira-kira jam 9.00 pagi ini merakamkan ucapan tahniah (merafak sembah) dan sembah taat setia kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V.
Cadangan merafak sembah (ucapan tahniah) yang mewakili kerajaan negeri dan rakyat Kelantan dikemukakan Ustaz Abdullah Yakob (PAS-Air Lanas) (kanan) sebentar tadi yang disokong oleh Drs Zainuddin Awang Hamad (PAS-Limbongan) (kiri).
Turut menyokong cadangan ucapan tahniah itu, Ketua Pembangkang, Datuk Alwi Che Ahmad, (BN-Kok Lanas).
Abdullah ketika berucap membentangkan cadangan rakaman tahniah itu berkata perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad ke-V dinanti-nantikan oleh rakyat seluruhnya.
Beliau juga turut mengakui rakyat seluruh Kelantan melahirkan rasa gembira di atas perlantikan dan pemasyhuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.
Sambungnya lagi, perlantikan itu juga sejajar dengan kehendak rakyat memandangkan baginda lebih mengambil perhatian serta menyelesaikan mereka.
“Kami dari pihak kerajaan negeri sentiasa menyokong Tuanku sejak mula tuanku ditabalkan sebagai Sultan Kelantan lagi,” ujarnya.
Katanya lagi, perlantikan baginda bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering bertepatan dan tidak menyalahi undang-undang memandangkan Sultan Ismail Petra tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Abdullah berkata, baginda yang gemar turun ke bawah untuk menunaikan solat sunat hajat dan menyelami masalah rakyat begitu mengharukan rakyat seluruh negeri ini.
Sementara itu, Alwi turut menyokong perlantikan dan pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
“Saya mewakili Barisan Nasional Kelantan menyokong penuh di atas perlantikan tuanku sebagai Sultan Kelantan yang baru yang membawa gelaran Sultan Muhammad Ke-V,” ujarnya.
Drs Zainuddin Awang Hamad, ketika mengambil bahagian dalam perbahasan bagi menyokong ucapan merafak sembah itu mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu-gugat kedaulatan Sultan Kelantan sekarang.
Katanya, perlantikan baginda yang sah di sisi undang-undang itu, jangan sekali-kali dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Selamat Datang
Khamis, 30 September 2010
Dun Kelantan rafak sembah Sultan Muhammad ke-V
Rabu, 29 September 2010
Kertas siasatan BPR sahkan Adun Kulim ditawar RM5 juta
Harakahdaily |
Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee (gambar), Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1. |
Galas: Jangan lupa Dun Kota Siputeh
Harakahdaily |
TEMERLOH, 29 Sept: Di kala tumpuan kini terarah ke Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas di Kelantan, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu perhatian wajar juga diberikan kepada kes Dun Kota Siputeh, Kedah. |
Selasa, 28 September 2010
PAS anggap pertahan Galas suatu cabaran
Dzulfikar Mashoor |
Sementara itu, seorang lagi naib presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan yang ada dikekalkan. |
Mahkamah tolak saman mahasiswa UKM
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman pemula empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar tindakan tatatertib universiti itu ekoran dakwaan terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.
|
Si sepet, si botol: Itulah wajah sebenar Umno
Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.
"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka. Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai 'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai 'pengemis' di tanah air. "Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya. Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno. "Mereka sebenarnya telah terlalu benci kepada orang Cina dan India dalam negara kita, cuma mereka cuba sembunyikan perasaan mereka itu di sebalik 1Malaysia. "Itulah wajah sebenar mereka, mereka tidak pernah menghilangkan warna diri mereka yang sebenar," katanya. Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain kian sedar dengan bahaya politik perkauman yang ditiupkan oleh Umno dan BTN itu. |
Umno dengan judi macam kembar siam

Idris Ahmad |
PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu. Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi. Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka. PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010. PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi. PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor. |
3,000 solat jenazah Chek Hashim
Mohd Nor Yahya |
GUA MUSANG, 28 Sept: Pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima,47, ke rahmatullah bagaikan hilangnya sebutir mutiara pejuang PAS di Gua Musang.
Ketibaan jenazah beliau dari Kuala Lumpur telah disambut dengan laungan takbir oleh rakyat Gua Musang di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra pada jam 12.20 pagi ini. Solat jenazah telah diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan bersama kira-kira 3,000 orang. Turut hadir ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, timbalan-timbalannya, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Juga hadir Speaker Dun Kelantan, Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat serta warga dalam Dun Galas. Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menyampaikan bantuan segera daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan bagi meringankan beban keluarga yang telah diterima oleh isteri pertama allahyarham, Che Bongsu Jusoh di perkarangan masjid sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru pada jam 4.30 petang semalam akibat penyakit barah paru-paru telah menjalani rawatan di hospital tersebut seminggu lalu. Sebelum itu, Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital di Guanzhong China dan meneruskan rawatan susulan di Orient Hospital Guanzhong pada bulan Ramadhan tahun lalu. Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dan Aida Zakaria serta 12 orang anak, yang turut berada di sisi beliau sebelum menghembus nafas terakhir. Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman. Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi |
Isnin, 27 September 2010
Dr M ulangi apa yang Tunku buat
Subky Latif |
|
Adun Galas kembali ke rahmatullah
Wartawan Kita |
Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. (Gambar kiri: Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru. Gambar kanan: Chek Hashim) Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China. Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong. Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang. Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti. Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China. Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak. (Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan) Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum. "Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas. Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan. "Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan. Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan. |
Masyarakat majmuk: PAS tonjol keindahan Islam
Harakahdaily |
MARANG, 26 Sept: Dalam menjamin keharmonian hidup masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, PAS sentiasa mengambil pendekatan seperti dianjur Islam, kata Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Titian Baru, Bukit Payong, malam semalam. "Itulah keindahan Islam, itulah perjuangan PAS dan itulah beza kita dengan Umno," katanya lagi. Beliau berkata demikian, sebagai mengulas beberapa isu perkauman yang sedang dimainkan dalam negara. Tambahnya lagi, PAS sentiasa menghormati kaum lain kerana mereka juga mempunyai jasa terhadap negara. PAS juga, jelasnya telah membuktikan pengiktirafannya kepada kaum lain dengan menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kaum Cina dan India. Mengulas dakwaan bahawa Melayu dan Islam lemah jika Pakatan Rakyat memerintah, beliau berkata yang melemahkan Melayu dan Islam adalah Umno. "Belum pun kita perintah negara, Melayu dan Islam sekarang sudah berada dalam keadaan terancam. "Ini adalah akibat kegagalan Umno kerana tidak termaktub pun dekat mana-mana bahawa perjuangan mereka adalah memperjuangkan agama Allah," katanya. Berbeza dengan Umno, PAS katanya lagi menakrifkan politik sebagai mengurus dan membawa rakyat lebih dekat dengan kebaikan. |
Majmuk: Umno BN gagal tonjol keadilan Islam
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pemimpin Umno BN telah gagal memikul amanah rakyat majmuk untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.
Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh orang Melayu Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa Umno BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka. “Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS perlu menggantikan Umno sebagai teras politik Melayu Islam dalam negara kita ini. “Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, katanya pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan Umno lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi nyata. Menurutnya, igauan itu kerana takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara. Semuanya itu, ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah sekali lagi diulang sebut pada saat Umno berada dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya. Beliau menambah, sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa Umno adalah parti warisan yang meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh melemahkan umat Islam di samping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara ini. |
Ahad, 26 September 2010
Umno patut malu, mereka lulus lesen judi
Ali Hashim |
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.
Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu. Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam. "Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya. "Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya. Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar. Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini. "Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang. "Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini. "Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi. |
PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu
Mohd Ali Hashim |
PERMATANG PAUH, 26 Sept: Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerajui pentadbiran negara, maka kuasa Melayu tidak akan hilang, sebaliknya kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN) yang akan terhapus dari persada politik negara ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir dan PAS Kawasan Permatang Pauh di Permatang Pasir, semalam. Menurutnya, adalah tidak munasabah dakwaan yang dikeluarkan oleh Mahathir sebagai seorang yang telah lama memegang tampuk pemerintahan negara terhadap PR. "Beliau harus mengkaji sejarah yang dekat dengan kita. Dalam negara sendiri contoh yang ada di depan mata boleh digunakan sebagai fakta. Di negeri Kelantan contohnya yang hilang kuasa adalah Umno dan BN apabila PAS memerintah negeri tersebut lebih dari 20 tahun. "Begitu juga dengan negeri Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Kuasa Melayu dan suara Melayu tidak hilang. Hanya yang hilang ialah kuasa dan suara Umno serta BN yang selama ini tidak pernah mengakui kekalahan mereka," ujarnya lagi. Beliau yang juga merupakan Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan yang dibuat oleh Mahathir sepatutnya tidak lagi diberi perhatian kerana tidak bersandarkan kepada fakta yang sebenar. Tambahnya lagi, kuasa Umno dan BN itu yang dianggap sebagai kuasa dan suara Melayu adalah satu pandangan yang meleset dan mengelirukan rakyat. "Pada anggapan mereka kuasa Umno itu adalah Melayu dan kuasa Melayu itu adalah Umno, sedangkan PAS adalah lebih kemelayuannya jika mahu dibandingkan dengan Umno. "Dakwaan beliau yang menyifatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai alat kepada DAP juga adalah prejudis yang buruk terhadap kepimpinan PR. Beliau harus sedar sejauh mana laungan dan jeritan untuk memenangkan Umno dan BN tidak akan merubah pendirian rakyat bahawa kuasa yang ada pada BN di Perak adalah kuasa yang tidak halal setelah rakyat menolak mereka dengan kertas undi dalam pilihan raya 2008 yang lalu," tegasnya lagi. |
Mahathir dan Zunar: Episod yang belum berakhir
Ahmad Lutfi Othman |
Pandangan Dr Mahathir Mohamad yang disiarkan muka depan Utusan Malaysia, 24 September lalu, bukan perkara baru. Bekas Perdana Menteri itu sudah menyuarakannya berulang kali dengan daleh dan retorik yang sama, tetapi masih tetap dijadikan tajuk utama akhbar yang dikuasai Umno sepenuhnya Umno. Mungkin bagi editor kanan akhbar berkenaan, luahan hati Mahathir seumpama itu masih berkesan untuk memperbodohkan" pengundi Melayu. Beliau mendakwa, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Melayu akan hilang kuasa dan suara. Sebelum ini, Mahathir berkata kuasa politik Melayu makin lemah disebabkan mereka berpecah kepada tiga parti, iaitu PAS, KeADILan dan Umno. Kematangan berpolitik orang Melayu mahu diperkecilkannya. Dan memang begitulah tabiat Mahathir. Logika dan rasional tidak dipedulikan kalau ia dilihat bercanggah dengan kehendaknya. Seolah-olah perubahan dalam pemerintahan - yang lazim berlaku dalam mana-mana negara demokratik di dunia - hanya akan mengakibatkan keadaan huru-hara dan suasana tidakstabil. Taktik kuno ini mudah dibaca. Kamarudin Jaffar dalam bukunya, "Krisis Ketuanan Melayu" mendedahkan teori 4F, yang menggabungkan kaedah dan kandungan kempen BN selama ini, antaranya Fear (Takut) dan Future (Masa Depan). Orang Melayu yang gagal dibangunkan seutuhnya selama Umno berkuasa lebih 53 tahun lalu, termasuk selama 23 tahun di bawah regim Mahathir, dilihat sentiasa gusar dan risau dengan masa depan mereka. Kemiskinan dan keterbelakangan orang Melayu rupa-rupanya menjadi aset berharga untuk Umno mempertahankan survival kuasa. Sedangkan terbukti Umno gagal menjalankan amanah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Melayu. Slogan hak istimewa Melayu dijadikan batu loncatan oleh segelintir kecil kapitalis Melayu dan suku-sakat mereka untuk membolot kekayaan, kontrak dan kemudahan kerajaan. Yang peliknya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu itu - sepatutnya menjadi liabiliti - terus dijadikan modal untuk menyerang saingan politiknya. Motif politik Mahathir jelas. Ia sedar Pakatan berada di ambang kuasa menuju Putrajaya. Yang akan hilang kuasa adalah Umno-BN, bukannya orang Melayu. Masyarakat Tionghua pula semakin muak dan jelak dengan BN. Pelbagai eksperimen yang diperkenalkan Najib Razak, seperti konsep 1Malaysia, gagal diterjemahkan dengan baik. Undi Cina - yang menyelamatkan Mahathir dalam pilihan raya 1999 - sukar direbut kembali. Beberapa keputusan pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum Mac 2008, khususnya di Sibu, menunjukkan keyakinan orang Cina terhadap Pakatan tidak berganjak. NGO yang bernaung di bawah dagu Mahathir, Perkasa, tambah membebankan BN. Orang Melayu sendiri tidak tergoda dengan permainan politik Ibrahim Ali dan konco-konconya. Yang pasti Mahathir tidak berubah. Dia masih memandang rendah keupayaan orang Melayu menangani perubahan zaman. Memang, sekali dengar hujah Mahathir nampak logik tetapi jika diperhalusi, hampas! Minda beliau terkurung dan terjajah dengan keyakinan palsunya sendiri. Tengoklah serangannya ke atas PAS, badan dakwah dan gerakan Islam lainnya. Sejak awal menjadi Perdana Menteri sehinggalah ucapan terakhirnya sebagai Presiden Umno pada 2003, argumen sama diulang tayang. Tanggapannya bahawa "orang dakwah" menolak dunia dan perkembangan sains teknologi dikitar semula walaupun realiti jauh berbeza. Pendokong Islam sejak lama menolak konsep sekularisme dan pemetakan dalam ilmu. Begitu juga dengan dakwaannya bahawa PAS memperalatkan agama demi kuasa. Saya mengikuti dari dekat serangan terbukanya kepada Abdullah Ahmad Badawi, pengganti yang dipilihnya sendiri. Bermula di Taman Melewati, seterusnya di Kota Bharu,Petaling Jaya dan Alor Setar, saya menekuni ucapannya secara berdepan. Seronok mendengar kritikan Mahathir terutama apabila beliau mengaitkan Abdullah dengan menantunya, Khairy Jamaluddin dan beberapa penasihat media di NST. Bagaimanapun, selepas mendengar dua tiga kali kecamannya itu, saya terasa ia hanya sarat dengan emosi dan serangan melulu. Rujukan Mahathir terhadap pengalaman singkat Pakatan menerajui Perak jauh tersasar. Tuduhannya bahawa Nizar Jamaluddin boneka Cina juga bukan perkara baru. Itulah yang ditohmahkan BTN dan pemimpin Umno akar umbi. Mahathir gagal memahami persefahaman Pakatan, yang jauh berbeza dengan pengalaman politik Perikatan, kemudiannya BN. Meskipun PAS mewakili jumlah kerusi Dun yang paling sedikit, berbanding KeADILan dan DAP, ia tidak menghalang tokoh terbaik untuk menjadi Menteri Besar. Memang mudah bagi Mahathir dan Umno untuk meniup api perkauman, sebagai jalan pintas untuk kembali berkuasa di Perak, juga Pulau Pinang dan Selangor. Tetapi ia satu tindakan paling tidak bertanggungjawab dicetuskan oleh seorang yang dianggap negarawan. Keputusan pilihan raya 2008hanya pencetus awal. Rakyat kini menilai dan akan menghakiminya dengan bijaksana. Jumlah pengundi Melayu yang menyokong Pakatan (sebenarnya Pakatan belum pun dibentuk semasa pilihan raya ke-12 itu berlangsung) mungkin tidak sebesar pengundi Cina dan India. Namun dinamisme politik Melayu usah diremehkan. Selepas menyaksikan keupayaan Pakatan mentadbir empat negeri dengan telus dan adil, saya yakin majoriti pengundi Melayu bersedia untuk menolak Umno sepenuhnya. Penyakit yang dideritai Umno, terutama korupsi, nepotisme dan salahguna kuasa, sukar dirawat lagi. Rakyat sudah boleh membuat perbandingan, tanpa dikaburi propaganda jelik media Umno. Di kala itu, penguasaan kerusi Dun dan juga Parlimen di kalangan Pakatan mungkin dapat mewakili peratusan kaum di negara ini, satu situasi yang dilihat lebih menjamin kestabilan politik. Dari segi statistik pun, Mahathir sudah keliru. Jumlah ahli Parlimen Melayu selepas pilihan raya 2008 lebih ramai berbanding tempoh 2004-2008. Ketuanan Melayu yang dilaungkan selama ini sekadar mitos tanpa makna. Malaysia terlalu kaya dan lebih daripada memadai untuk semua warganya berkongsi kehidupan dengan sejahtera dan damai, sekiranya elemen rasuah, pembaziran, dan sentimen perkauman dapat dielakkan. Segera saya teringat tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman, dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei", apabila PM pertama itu mengulas penyebaran surat terbuka Mahathir kepadanya: "Saya telah ditanya, kalau Dr Mahathir menang dalam pilihan raya (1969), mungkinkah dia juga mengkritik saya, seperti yang terkandung dalam suratnya .... "Tetapi saya yakin bahawa kiranya Dr Mahathir menumpukan masa yang lebih kepada kerja-kerja parti dan tidak menghabiskan masanya di dalam perniagan membuat rumah di Kedah bersama-sama dengan syarikat Federal Construction Company - sebuah syarikat yang dipunyai orang-orang Cina - dalam perniagaan yang lain, maka kemungkinannya untuk menang dalam pilihan raya itu lebih besar. "Menurut maklumat yang diterima, beliaulah yang telah mengambil peranan penting untuk menolong mendapatkan kelulusan kerajaan supaya tidak kurang daripada 238 lot tanah Simpanan Melayu dikeluarkan dari simpanan itu bagi projek perumahan yang tersebut." Zunar memang seorang karyawan yang kreatif dan hebat. Idea kartunnya cukup luar biasa. Genius. Jarang orang perasan bahawa Zunar mungkin kartunis pertama menjadi ketua pengarang akhbar. Dan Suara Keadilan yang pernah diterajuinya dapat melonjakkan jualan ke tahap yang begitu membanggakan. Beliau juga pernah mengelolakan beberapa halaman dalam Harakah, khusus melaporkan perkembangan reformasi. Semasa saya mengendalikan majalah Detik dan siri akhbar tidak berkala, Zunar banyak membantu. Beliau bersungguh, tekun dan cermat dalam kerjanya. Paling istimewa beliau agak kerap dapat menyeludup surat-surat Anwar Ibrahim dari penjara. Detik turut dibekalkan kenyataan eksklusif Anwar. Lakarannya memang terasa pedih berbisa. Zunar tidak pandai berselindung. Kritikan sosialnya tajam dan keras. Langsung mengena pada sasaran. Justeru, bagi yang terkena tentu tidak selesa dan marah. Bagaimanapun, bagi saya, itulah yang diperlukan untuk menegur kepincangan penguasa zalim, yang begitu sukar memahami bahasa diplomasi. Dalam ketawa terasa menusuk di kalbu! Selepas meninggalkan Suara Keadilan, Zunar membuka syarikat penerbitan sendiri, Sepakat Efektif Sdn Bhd. Majalah Gedung Politik dua kali sebulan diterbitkannya. Berslogankan "majalah jenaka alternatif", terbitan sulung memaparkan gelagat Perdana Menteri, Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara. Ia menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta drakonian ISA. Jelas, Najib dan isteri, Rosmah Mansor melimpahkan ilham buatnya. Tanpa menunggu lama, Zunar diasak kontroversi baru. Keluaran sulung majalah satira politik itu dirampas sebelum diedarkan, atas alasan tiada permit. Pejabatnya di Brickfields dan kilang percetakan di Serdang, diserbu penguatkuasa KDN. Zunar mencari ruang untuk terus berkarya. Jika majalah diharamkan, kompilasi dalam bentuk buku tidak disekat undang-undang. Namun, di Malaysia segalanya serba mungkin. Buku-buku kartunnya pula menjadi buruan. KDN mengambil jalan mudah: Haramkan! Alasannya, "mempengaruhi pemikiran rakyat untuk menentang kepimpinan dan dasar kerajaan dan sekiranya dibiarkan, ia boleh memudaratkan ketenteraman awam". Wow ... hebat sekali pengaruh Zunar. Anak muda ini ternyata tidak mudah mengalah. "Sebagai kartunis, tanggungjawab sosial adalah keutamaan saya. Melalui karya kartun, saya akan terus membongkar kezaliman, rasuah dan salah laku kerajaan BN. Saya akan terus berkartun sehingga ke titisan dakwat terakhir," katanya. Ujar Zunar, meskipun buku dan majalahnya diharamkan, namun kerajaan tidak boleh mengharamkan mindanya. Pada 26 Julai lalu, Zunar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan KDN mengharamkan buku kartun politiknya. Ini juga satu rekod. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) mesti dicabar dan Zunar sudah memulakannya. Permohonan bagi mendapatkan semakan kehakiman berhubung pengharaman KDN ke atas dua buku kartun Zunar itu akan didengar pada 8 Oktober ini. Tindakan pengharaman buku 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun didakwa tidak sah dan bertentangan dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. Pengharaman buku tersebut juga didakwa melanggar undang-undang sejagat dan tidak dilakukan dengan adil kerana Zunar ataupun penerbitnya, Malaysiakini tidak diberi alasan terhadap tindakan tersebut. Tiga hari sebelum pelancaran buku barunya, "Cartoon-O-Phobia", Zunar menjemput saya bersama. Keuzuran menghalang. Petang Jumaat, 24 September, saya dikejutkan SMS, Zunar ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Malamnya, Nizar Jamaluddin melancarkan tanpa buku dan pengarangnya. Isteri Zunar membacakan mesej bermakna suaminya: "Tangkapan ini tidak akan mengubah pendirian saya untuk membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah tindakan ini mengesahkan tajuk buku bahawa kerajaan takut dengan kartun. "Mereka boleh kurung badan saya, tapi mereka tak boleh kurung otak saya. Saya bersedia tukar dari 'comic strip' kepada 'prison strip'." Salut buat sahabatk, Zulkiflee Anwar Haque! |
Mahathir macam raja lawak Astro
Mohd Shubihi Muhamad Zain |
ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.
"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam. Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang. Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang. "Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya. "Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu. "Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya. |
Jumaat, 24 September 2010
Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar berdebat
Harakahdaily |
|
Tun Mahathir tepati teori "Melayu mudah lupa"

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menepati teori sendiri iaitu "Melayu mudah lupa" apabila menyatakan Melayu hilang kuasa di bawah Pakatan Rakyat.
Sambil menyelar tindakan Mahathir yang cuba meniupkan api perkauman itu, Setiausaha DPPP Khairul Faizi Ahmad Kamil turut mempersoal akan kebenaran kenyataan tersebut.
"Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan.
"Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Utusan hari ini menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat yang digelarnya parti pembangkang mendapat kuasa.
Mahathir juga mengambil contoh negeri Perak ketika dibawah Pakatan Rakyat.
Beliau mendakwa, walaupun menteri besarnya iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Melayu dari PAS, tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.
Pemuda PAS bagaimanapun mengajak Mahathir melaihat secara waras negeri Kelantan yang diperintah PAS yang kini sudah lebih 20 tahun.
"Berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh Umno BN.
"Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991...
"Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika Umno benar-benar memperjuangkan Melayu?" soal Khairul Faizi lagi.
Beliau juga memberi contoh sewaktu Terengganu diperintah PAS pada tahun 1999.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menjadi Menteri Besar negeri itu jelasnya telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah Umno berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004.
"Apakah ini tidak khianat namanya?" beliau melemparkan soalan seterusnya.
Di Perak pula ketika 10 bulan Pakatan Rakyat memerintah, 3,000 ekar tanah diberikan kepada orang cina manakala orang melayu mendapat 7,000 ekar.
"Jika Umno menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar.
"Jika Datuk Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak," jelasnya lagi.
Beliau turut mengemukakan beberapa kes yang didakwa pengkhianatan Umno kepada Melayu berhubung isu tanah antaranya:
- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)
- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort
- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.
- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM
"Hakikatnya Umno menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin," katanya.
Sehubungan itu, pemuda PAS turut mencabar Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.
DHPP bantu PAS perjelas undang-undang Islam

Dzulfikar Mashoor |
PETALING JAYA, 24 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam. |
Cek RM4b: Dalang, motif pemberian makin terdedah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan diasak dengan isu cek RM4 bilion, wajah dan motif sebebanr syarikat I'Da World Group Sdn Bhd dan hubungannya dengan Umno semakin jelas terdedah. |
Lima tertuduh kes "bini puaka" dibebasakan

Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh berhubung kes "bini puaka" hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. |
Melayu terkebelakang jika Umno terus berkuasa
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Antara sebab perkara tersebut berlaku ialah apabila kekayaan negara tidak digunakan dengan saksama dan bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat keseluruhannya tetapi lebih banyak yang dibolot oleh kroni-kroni Umno," kata beliau. Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa. "Para pemimpin parti perasuah pula telah lama hilang kuasa dan suara kepada tauke-tauke yang yang menambat mereka dengan rasuah. "Bukan setakat hilang kuasa, akibat ditambat rasuah, mereka juga merelakan dasar affirmatif yang sepatutnya membantu orang-orang Melayu diperalatkan untuk menimbunkan lagi kekayaan tauke-tauke yang menjadi tuan-tuan mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang. "Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang. "Dengan pengakuan itu, nyatalah orang-orang Melayu telah 53 tahun menjadi mangsa penipuan Umno yang tidak henti-henti berlakon dan berlagak sebagai pembela Melayu," kata beliau. Beliau menyifatkan data tersebut sebagai bukti yang terang dan nyata tentang ketiadaan iltizam untuk Umno membantu orang-orang Melayu. Mahfuz mengingatkan orang-orang Melayu bahawa 53 tahun adalah tempoh yang luar biasa lama untuk terus membiarkan diri mereka ditipu. "Dasar affirmatif untuk membantu orang Melayu yang dilaksanakan kira-kira 40 tahun lalu juga ternyata gagal jika data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu menunjukkan kedudukan mereka masih terkebelakang. "Persoalannya, adakah orang-orang Melayu mahu menunggu 40 atau 53 tahun lagi di bawah cengkaman Umno dan terus berangan-angan suatu hari nanti pencapaian ekonomi orang Melayu tidak lagi terkebelakang?" beliau mengingatkan. Orang-orang Melayu, katanya, tidak lagi memerlukan kerajaan yang tidak berpijak di bumi nyata dengan pelbagai akronim dan pertunjukan angka bertrilion-trilion tanpa perubahan yang fundamental untuk menjamin kedaulatan undang-undang dan peraturan ke atas semua pihak, walaupun di kalangan parti pemerintah. |
Khamis, 23 September 2010
Awang Adek dalam ilusi, Mustapa berhempas pulas

M Faqih |
“FAKTA pada 1972 terdapat seramai sekurang-kurangnya 300 orang peranakan Kelantan yang menjawat jawatan division satu dalam perkhidmatan awam, tentera dan polis. Dengan ada tenaga penyedar, terutamanya di kalangan cerdik pandai universiti yang selalu mengadakan gerakan-gerakan sedar, negeri Kelantan akan menjadi negeri terkemuka dan terkehadapan dalam bidang pelajaran,” tulis Alias Muhamad dalam buku Kelantan Politik dan Dilema Pembangunan. William R Roff pula menulis: The Islamic State of Kelantan, in the north-east corner of mainland Malaysia bordering southern Thailand, has existed as a locus of power in the peninsular for the least a thousand years. Prof Ismail Husin pula mencatat ‘di Kelantan sudah lama tumbuh suatu penghidupan keintelektual dan kesusasteraan yang sama suburnya, yang sedikit diketahui orang hari ini’. Ketika itu Umno atau Perikatan belum ini diterima rakyat Kelantan. Biar pun Perikatan pernah menang pada pilihan raya 1955, namun ketika itu Tanah Melayu masih lagi di bawah cengkaman penjajah. Bermula pilihan raya 1959, PAS mendominasi kuasa politi di negeri tersebut sehingga 1978. Umno hanya mampu bertapak melalui kuasa eksekutif kerajaan persekutuan apabila menguatkuasa perintah Mageran di Kelantan. Ia berlaku selepas majoriti Adun PAS cuba menyingkir Datuk Mohamad Nasir yang dianggap sebagai Menteri Besar boneka Umno dalam kerajaan campuran. Sebelum itu Umno sukar diterima di negeri Serambi Mekah yang terkenal sebagai pusat penyebaran Islam di nusantara. Dalam tempoh 10 tahun PAS memerintah Kelantan sejak 1959 sebanyak 7,000 keluarga penduduk miskin dianugerah tanah. Seluas 70,000 ekar diberi kepada mereka sebagai penempatan baru di hulu Kelantan. Hari ini pembangunan tanah di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) telah membuahkan hasilnya. Ramai peneroka di rancangan tanah LTKN berubah taraf hidup. Lihat apa yang berlaku di Sungai PAS, Mengkebang, Sungai Syam di Kuala Krai dan Air Lanas di Jeli sekarang, mereka sudah jauh berubah. Hutan belantara sudah menjadi perkampungan tersusun. Apa yang penting setiap peneroka memiliki geran tanah tanpa perlu membayar hutang kepada agensi kerajaan seperti Felda atau Kesedar. PAS bina stadium Dalam kedhaifan kerajaan PAS juga Jambatan Sultan Yahya Petra, Stadium Sultan Mohammad Ke IV dan Rancangan Tali Air Kemubu diwujudkan. Pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra dimulakan pada 1963 melibatkan perbelanjaan awal sebanyak RM2.86 juta. Selepas siap sepenuhnya pada 1965 jumlah keseluruhan kos sebanyak RM6.7 juta. Ketika pembinaan dijalankan Umno mendakwa jambatan itu tidak mampu disiapkan tanpa bantuan kerajaan pusat. Malah pada kempen pilihan raya 1964 ada pemimpin Umno memberitahu mereka akan bogel di atas jambatan itu kalau mampu disiapkan kerajaan PAS. Jawatankuasa pembinaan jambatan dipengerusi Menteri Besar, Datuk Asri Muda. Manakala Stadium Sultan Mohammad Ke IV dibina di kawasan seluas 13 ekar melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta. Rancangan Tali Air Kemubu pula dibina bagi faedah pesawah padi di kawasan seluas 51,000 ekar meliputi jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok. Projek itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan kos sebanyak RM45 juta. Dana bagi menyiapkan projek berkenaan dipinjam dari Bank Dunia. Pegawai Kewangan Negeri ketika itu, Datuk Abdul Aziz berlepas ke Washington, Amerika Syarikat bagi melobi pinjaman tersebut untuk membiayai pembinaan tali air. Projek tali air sepanjang 500 batu akhirnya siap dengan kos melonjak sehingga RM75 juta. Ini antara projek besar dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan. Tidak ramai yang tahu sejarah itu kerana Umno sering mendabik dada merekalah yang membina Kota Darulnaim dan kompleks Balai Islam di Lundang dan Pasar Siti Khadijah. Hutang RM700 juta Namun, orang ramai tidak pernah diberitahu hutang yang ditinggalkan kepada kerajaan PAS (versi kedua) lebih RM700 juta. Dan hari ini PAS di bawah kepemimpinan ulama, Kelantan terus dipacu ke hadapan. Sejak 20 tahun lalu, perubahan ketara boleh dilihat, biar pun Umno masih mendakwa negeri itu tidak membangun. ”Saya berada di Mesir selama enam tahun dan tidak pernah balik ke kampung sepanjang belajar di Universiti Al-Azhar. ”Ketika saya pulang selepas tamat pengajian sebulan lalu, saya tidak boleh lagi hendak memandu kereta di bandar Kota Bharu. Saya tidak tahu jalan mana,” kata seorang ustaz dari Kampung Sireh. Kini setelah Kelantan jauh melangkah ke hadapan, masih ada lagi pemimpin Umno menganggap PAS gagal mentadbir Kelantan sepanjang 20 tahun ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin masih tidak serik untuk melontar hujah yang sama sejak 20 tahun lalu. Beliau menyifatkan kerajaan PAS gagal menyediakan air bersih kepada rakyat. Sedangkan kerajaan pusat membekukan peruntukan meningkatkan kemudahan bekalan air bersih di Kelantan pada 1990 tidak pernah digegerkan. Peruntukan sebanyak RM80 juta yang diluluskan sebelum itu telah dibekukan angkara kerajaan BN kecundang di Kelantan. Keadaan itu menyebabkan projek bekalan air Kelantan utara bermasalah. Maka bagi mengatasi masalah tersebut kerajaan negeri menswastakan pengendali bekalan air kepada sebuah syarikat, Thames Water Sdn Bhd. Kemudian Perbadanan Menteri Besar Kelantan memiliki sepenuhnya ekuiti dalam Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) bagi membolehkan pengurusan air dikuasai sepenuhnya kerajaan negeri. Kerajaan pusat hanya meluluskan soft loan kepada Kelantan di atas kertas sebanyak RM600 juta bagi melaksanakan projek bekalan air pada 2001. Ia hanya berlaku di era terakhir pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun nilaian projek yang diterima kerajaan negeri hanya lebih RM300 juta dan bukannya RM600 juta seperti diluluskan. ”Biar pun projek itu diluluskan kepada kerajaan negeri, namun segala projek, tender dan pelantikan kontraktor ditentukan sepenuhnya kerajaan pusat. ”Kerajaan negeri tidak ada kuasa langsung bagi melantik kontraktor. Biar pun begitu kita sentiasa memberi kerjasama penuh,” kata anggota Exco, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman. Malah, katanya sehingga kini lebih 70 peratus penduduk di Kelantan menikmati bekalan air bersih. Menurutnya kerajaan negeri mempunyai perancangan sehingga 30 tahun bagi menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Oleh itu ramai menyifatkan agenda Umno hendak menyediakan bekalan air bersih sebagai modal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lebih sebagai gimik politik. Dalam banyak situasi Awang Adek lebih banyak tenggelam dalam ilusi. Kenyataannya ternyata banyak menggigit kaki Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berhempas pulas memulih imej Umno Kelantan. |
First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri Agong

Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai 'tidak sopan' dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada 'Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia' kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. "Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana," kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia. "Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi. Tambahnya, penggunaan 'wanita pertama' setelah Najib memerintah negara menunjukkan ceteknya kesedaran beliau mengenai kepentingan menghormati Perlembagaan Negara. "Negara kita mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan, bukan negara republik yang mempunyai presiden. Memang tidak pernah wujud istilah wanita pertama di negara kita. "Apabila Najib dan Rosmah muncul, mereka guna istilah ini dalam negara yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan, ini menunjukkan kesedaran mereka yang sangat cetek dari sudut sejarah dan berpelembagaan," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, satu gerakan perlu diwujudkan bagi memberikan kesedaran kepada rakyat dan juga para pemimpin agar menghormati Perlembagaan Negara. "Saya sebagai wanita muda Malaysia sangat terpanggil untuk menggerakkan kesedaran massa untuk menolak kebiadapan dan ketidaksopanan Rosmah yang membelakangi Raja Permaisuri Agong. "Ini satu tindakan yang sangat derhaka dan rakyat mesti sedar dan menolak kepimpinan yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan," tegasnya. Beliau turut mempersoal tindakan Rosmah yang seolah-olah cuba mencampuri peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. "Dari satu sudut dia mempergunakan Sharizat. Isteri perdana menteri telah mempergunakan Menteri Pembangunan Wanita (Keluarga dan Masyarakat) untuk mengadakan satu program besar di negara kita dan akan menggunakan segala duit daripada hasil negara dan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya. Rosmah seperti yang dilaporkan berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Ianya Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses, di sini, dan bakal dihadiri lebih 20 Wanita Pertama dari seluruh dunia. |
NUJ: Zahid jangan hidup bercerminkan bangkai
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: “Soal saudara lompat dan meninggal rakan seperjuangan itu adalah hak saudara, tetapi janganlah mengorbankan prinsip perjuangan, biarlah kita mati daripada hidup bercerminkan bangkai,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, tegasnya PAS menyokong penuh pendirian Hata untuk mendukung etika kewartawanan dan bukan untuk pemimpin-pemimpin politik atau parti-parti politik. “Sebenarnya inilah yang sepatutnya dipegang dalam etika kewartawanan, dengan melaporkan secara jujur dan bertanggungjawab,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadi mangsa kepada media perdana di negara ini yang melaporkan berita fitnah dan bohong yang jauh menyimpang dari etika kewartawanan. Beliau menambah, menjadi lumrah sebagai manusia, wartawan tidak sunyi daripada kesilapan tetapi jika perkara itu berlaku sepatutnya dengan segera memohon kemaafan dan membetulkan kembali sebarang kesilapan. Apa yang berlaku pada hari ini, ujarnya media yang pro Barisan Nasional tidak berpegang dengan etika itu. Katanya, mereka sanggup membiarkan perkara itu berlegar dan melekat dalam pemikiran pembaca walaupun ianya bohong dan fitnah. “Contoh yang terbaru ialah kes khatib membaca khutbah di Pulau Pinang dilaporkan Lim Guan Eng menggantikan Yang di-Pertuan Agong dalam doa,” ujarnya. Begitu juga, katanya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching difitnah bertazkirah dan memberi bantuan kepada ahli PAS di Surau Al-Huda, Kajang Sentral. “Walaupun penjelasan diberi mereka masih meneruskan laporan fitnah ini, sikap yang ditunjukkan oleh media ini tidak menggambarkan sikap yang profesional,” katanya lagi. Apa yang penting kepada mereka, ujarnya ialah dapat memenuhi agenda politik jahat tuan mereka. “PAS sedar banyak juga wartawan jujur dalam laporan, tetapi dikhianati oleh ketua pengarang mereka untuk memenuhi citarasa golongan penindas rakyat di negara ini,” katanya. PAS, katanya bukan minta dipuji, tetapi laporlah yang benar dan tidak kecil hati kalau berita mengenai PAS tidak dilaporkan tetapi tidak rela berita mengenai perjuangannya difitnah sehingga mengelirukan rakyat di negara ini. Tambahnya, kemampuan untuk menjernihkan tanggapan fitnah kepada PAS adalah terbatas melalui media Harakah yang dikenakan dengan syarat-syarat yang ketat, sedangkan berita fitnah disebarkan oleh media BN ke pelosok kampung. “PAS ingin mengingatkan Zahid Md Arip , bukankah dulu kita sama-sama menentang laporan media yang berat sebelah terhadap pembangkang ketika kita sama-sama menuntut keadilan dalam sebuah negara demokrasi. “Kalau pun saudara sudah menyeberang di sana, janganlah lupa perjuangan kita semasa berada di atas pentas untuk menuntut hak sebuah parti politik di negara ini,” ujarnya |
Rabu, 22 September 2010
Cek RM4 bilion: PAS anggap propaganda jahat
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: PAS Pusat menyifatkan tindakan penyebaran gambar kononnya sebuah syarikat perniagaan memberikan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan sebagai satu propaganda jahat memusnahkan nama baik PAS. "Kami sifatkan berita ini serta penyebaran berita sebegini satu tindakan propaganda jahat untuk memusnahkan nama baik PAS. "Sehubungan itu, saya menyeru semua ahli PAS agar berhati-hati dengan isu ini kerana jelas cuba mengaitkan PAS dengan aktiviti tidak sihat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar selam yang mendakwa Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) memberi sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan dalam satu majlis makan malam di Kota Bharu. Replika cek tersebut diserahkan kepada adinda Menteri Besar Kelantan, Nik Din Nik Mat. Nik Din semalam bagaimanapun menjelaskan beliau ke majlis itu atas kapasiti peribadi dan menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Dalam pada itu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengumumkan bahawa kerajan negeri akan menyenaraihitamkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu. Beliau juga menafikan bahawa parti pernah melantik Nik Din mewakili beliau menerima replica cek tersebut. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. |
Rakyat Terengganu perlu tolak pemimpin ‘jahat’, ‘lemah’
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Rakyat Terengganu harus 'celik' dalam memilih pemimpin agar tidak berhadapan dengan pelbagai masalah akibat kelemahan pemimpin yang dipilih.
"Rakyat Terengganu kena pilih pemimpin yang mempunyai agenda Islam yang jelas dan mesti tengok individu yang memperjuangkan dasar agama, bukan memperjuangkan dasar kebangsaan atau pembangunan semata-mata atau sesuatu yang tidak lengkap dan tidak syumul. "Perjuangan Islam ialah perjuangan yang syumul yang membabitkan pembangunan, akhlak, adat dan semua sekali," kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbalahan berpanjangan di antara penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Penyokong-penyokong Idris mendakwa Ahmad sebagai 'bodoh' dan 'tidak pandai memerintah negeri' manakala penyokong-penyokong Ahmad pula menyifatkan Idris sebagai 'jahat dan 'tidak tahu adab'. Nik Zawawi mengakui kepimpinan Idris semasa menerajui negeri dahulu hanyak memberi tumpuan kepada pembangunan materialistik serta meninggalkan ajaran Islam. Ahmad pula ujarnya, memang lemah dari sudut pengurusan dan juga tidak mementingkan ajaran Islam. "Bagi saya, dua-dua kepimpinan begini tidak berguna. Kepimpinan Idris dahulu memang banyak memberi perhatian kepada pembangunan semata-mata dan meninggalkan masalah adab sopan termasuk dengan Sultan dan meninggalkan banyak ajaran Islam yang menyebabkan banyak kecacatan berlaku. "Ahmad Said pula memang dari sudut pentadbiran negeri memang lemah di samping dia meninggalkan ajaran Islam," katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat. Tambahnya, pemimpin yang tidak mengamalkan dasar Islam akan berdepan dengan pelbagai masalah termasuk masalah pembangunan, akhlak dan moral. "Oleh kerana pemimpin Umno oleh kerana dasarnya lari daripada Islam, maka kita dapat lihat kecacatan di pelbagai aspek. "Sebab itu kalau kita tengok di negara kita bukan sahaja di Terengganu, di negeri yang lain pun, soal keruntuhan moral amat ketara,” ujarnya. Justeru, beliau mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak membuat kesilapan dalam memilih pemimpin dan meletakkan agama sebagai kriteria utama. "Kalau tidak meletakkan Islam di hadapan, kita akan berdepan dengan masalah yang sama sebagaimana kita pernah pilih pemimpin-pemimpin sebelum ini. "Kita tidak ada pilihan yang lain kecuali kita kena tukar dasar itu sendiri yang mana pemimpin yang bakal kita pilih ialah pemimpin yang membawa dasar agama yang lengkap, barulah negara kita selamat," katanya. |
Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. “Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya. Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti. Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru. Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. “Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya |