| Harakahdaily, | 31 Mac 2013 |

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.
Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.
Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.


BAGAN DATOH:
PAS kawasan Bagan Datoh berkeyakinan dengan peningkatan sokongan
pengundi bukan Melayu sebanyak 60 hingga 70 peratus akan memastikan
Pakatan Rakyat dapat menawan kerusi Parlimen Bagan Datoh dan juga
kedua-dua Dun iaitu Hutan Melintang dan Rungkup.
ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.




KUALA LUMPUR:
Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya
Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak
berasas.
Satu
budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya,
mendapati wujudnya mana -mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang
dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip
seperti berikut. Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin tersebut
selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi
dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno.
Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil
polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan
di mahkamah.
Saya
membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri
dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan
beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya
terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah
perjuangan kemerdekaan. Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta
sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah
kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap
kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan
pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan
lain-lain. Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan
menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata!
Nampaknya beliau berdepan dengan “Denial Sydrome” yang amat parah.