| | Print | |
| Aslani M |
|
KUALA KRAI, 31 Dis: Ketua AMK negeri, Mohd Azihan
Che Seman yang ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di sini
petang semalam kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan
liwat II dibebas polis sebentar tadi. Mereka ditahan ketika dalam konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar kira-kira jam 3 petang semalam. Mereka juga dibebaskan hari ini selepas dijamin pimpinan PKR cabang dan negeri setelah usaha membebaskan mereka dilakukan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Amran Abdul Ghani sejak petang semalam. |
TUMPAT, 30 Dis:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan
yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya.
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Seorang ahli perniagaan berumur 45 tahun, Datuk Shamsubahrin Ismail didakwa di mahkamah tinggi hari ini.
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bersyukur dan amat menyambut
baik keputusan pertemuan mahabbah untuk menyelesaikan perbezaan
pandangan di dalam parti yang diadakan baru-baru ini dengan semangat
ukhuwwah yang tinggi.
KUALA LUMPUR, 27 Dis :
Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan
menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di
Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini.
Pengerusi
Lajanah Antarabangsa PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata gesaan itu
perlu memandangkan keganasan oleh pasukan tentera kerajaan Presiden
Bashar Al-Assad terhadap rakyatnya masih berterusan meskipun beliau
sudah berjanji tidak akan bertindak sedemikian.
KUALA TERENGGANU, 27 Dis:
PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan
dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik.
KUALA LUMPUR, 22 Dis:
PAS menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
yang menangguhkan perlaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) seperti yang diumumkan hari ini.
KOTA BHARU, 22 Dis:
“Saya juga menyeru kepada semua pihak di dalam parti tidak lagi
menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan
tentang masalah dalaman parti,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.
KUALA LUMPUR, 16 Dis:
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar
mesti bertindak kepada individu yang dikaitkan dengan video klip Sembang
Rakyat yang menghina hukum hudud.
KUALA LUMPUR, 16 Dis:
Rakyat Malaysia kehilangan “satu dekad yang telah hancur dek korupsi”,
di mana wang haram sebanyak RM1,077 bilion telah dibawa keluar dari
negara kita dalam tempoh 10 tahun dari 2000-9.
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didokong parti itu.
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar)
kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang
memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang
kampus itu malam tadi.
KUALA LUMPUR, 6 Dis:
Pengacara, pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman
akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Kajang pada 14 Februari 2012 depan
kerana didakwa menyampaikan ceramah tanpa tauliah.
KUALA LUMPUR, 5 Dis:
Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan
agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian
MCA.
Ahli
Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang
sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi
mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.
Untuk
menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak
membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan
tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah
fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua
tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada
tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas
peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat
dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu
bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan
tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau
Pinang.
SHAH ALAM, 2 Nov: Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini mendesak kerajaan menarik
balik Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan pada 6 Oktober lalu di
Parlimen.
KUALA LUMPUR, 2 Dis:
Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang
Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24
November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan
Kerajaan Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR, 3 Dis:
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 memperakui bahawa Barisan
Nasional berada di hujung kuasa dan langkah terdesak itu akan
menjadikannya akan mengikuti kejatuhan rejim-rejim Timur Tengah yang
dijatuhkan oleh rakyat.
KUALA LUMPUR, 1 Dis:
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengubah tempat pengundian bagi anggota
polis dan tentera ke tempat awam.
KUALA LUMPUR, 1 Dis:
Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) hari ini membawa tuntutan
mereka agar Menteri Pelajaran menyelesaikan masalah penempatan guru ke
Parlimen untuk diambil tindakan segera.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar)
terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros
bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat
Jalil.
Saya
tertarik dengan penjelasan mengenai pinjaman KWSP kepada Kerajaan
Malaysia seperti kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang
Adek di Dewan Rakyat semalam. (The Star, m s 20 30 November 2011).
Lebih
menimbulkan tanda tanya apabila nama individu yang tertera dalam
senarai itu, dipaparkan sebagai Zulkifly Mohamed Yusof dan turut
meletakkan status jantinanya sebagai perempuan.
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar)
menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin
malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam
Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana
menteri'.
KUALA LUMPUR, 29 Nov:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan
kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada
masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam.
Rang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.
Perarakan
yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam
berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen
bermula jam 11.30 pagi ini.
KUALA LUMPUR, 28 Nov:
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) sekali lagi menegaskan
keprihatinan terhadap penindasan berterusan dan kemungkinan pendakwaan
ke atas Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, oleh pihak berkuasa.
KOTA BHARU, 28 Nov:
Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS
(DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong
perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat.







KUALA LUMPUR, 25 Nov:
Kerajaan BN diminta membatalkan sahaja kursus perguruan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jika tiada penempatan mengajar kepada
para graduannya.
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menghargai sumbangan anak muda dan
golongan wanita dalam membina negara dengan mengiktiraf mereka sebagai
peneraju demokrasi tulen.
Berita
muka depan Utusan Malaysia (Rabu, 24 November 2011) yang mengaitkan
gejala kereputan gigi di kalangan kanak-kanak di Kelantan adalah
disebabkan hanya lima daripada 29 loji rawatan milik Air Kelantan Sdn.
Bhd. (AKSB) yang mempunyai sistem pemfluoridaan atau 17.9 peratus adalah
disifatkan terlalu melulu dan kesimpulan yang dibuat tanpa pandangan
pakar.
KUALA LUMPUR, 22 Nov:
Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mendesak National Feedlot Corporation
(NFC) mendedahkan penyewa kondominium One Menerung di Bangsar yang
didakwa membayar sewa bulanan RM70 ribu sebulan.